Catatan “Iraq Yang Ku Kenali” (PART 12) Kesan Sekatan Ekonomi - TopicsExpress



          

Catatan “Iraq Yang Ku Kenali” (PART 12) Kesan Sekatan Ekonomi PBB Terhadap Iraq tahun 1991 Apakah makna sebenar sekatan ekonomi PBB ke atas Iraq pada 1991? Ianya bermakna tidak ada lagi sebarang aktiviti perdagangan import eksport antara Iraq dengan negara-negara dunia yang lain. Iraq tidak dibenarkan menjual minyak yang merupakan nadi ekonomi mereka sejak berdekad yang lalu. Kemasukkan barangan ke Iraq juga dipantau rapi dengan kebenaran diberikan hanya untuk bekalan makanan dan ubatan sahaja. Amerika dengan kekuatan ketenteraannya menguatkuasakan sekatan ini melalui armada lautnya di Teluk Parsi di samping Pengkalan Udara Amerika yang terletak di Kuwait, Arab Saudi dan Turki. Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad dan Pelabuhan Basrah yang sebelum ini menjadi pintu masuk serta penghubung Iraq dengan dunia luar ditutup. Pesawat milik Iraqi Airways satu-satunya syarikat penerbangan yang wujud di Iraq, banyak yang tersadai di beberapa negara Arab antaranya di Arab Saudi, Jordan dan Yaman. Yang berada di Iraq musnah dalam peperangan. Minyak Iraq hanya boleh dijual dengan selian PBB (baca US) dengan kadar terhad. Hasil jualannya digunakan untuk membangunkan kembali Kuwait dari kerosakkan perang teluk. Perlu dimaklumi bahawa yang mendapat kontrak untuk membina semula Kuwait adalah kontraktor US! Bermakna duit minyak Iraq dibayar kepada US secara tipu muslihat politik. Sebahagian hasil minyak juga dibayar kepada kawasan Autonomi Kurdish di utara Iraq. Bakinya dipulangkan ke Iraq bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk bekalan makanan dan ubat-ubatan. Program ini dipanggil ‘bekalan minyak untuk tukaran bahan makanan dan ubatan.’ Dahulu Iraq negara yang sangat kaya dengan ‘emas hitam’. Nilai matawang Dinar Iraq antara yang tertinggi di mana 1 Dinar Iraq bersamaan hampir RM8. Istimewanya bagi duit dinar kerana emas yang menjadi nilai dinar tersebut memang terdapat pada duit itu sendiri dalam bentuk ‘jalur emas’ bukannya emas dicagarkan di Bank Dunia sebagaimana matawang-matawang yang lain. Inilah sebab kukuh kenapa dinar adalah matawang yang paling stabil di dunia tanpa dipengaruhi dan terkesan dek pergolakkan politik dunia. Sekatan PBB yang membawa kepada penamatan segala aktiviti perdagangan Iraq dengan masyarakat luar ternyata memusnahkan terus ekonomi Iraq dan menjadikan Dinar Iraq seolah-olah kertas kosong di luar Iraq. Tak laku dan tak bernilai walau satu dirham pun. Bawak duit Iraq keluar dari Iraq, macamlah bawak kertas surat khabar. Tak ada money changer yang nak terima. Inflasi tak dapat dielakkan lagi. Saddam terpaksa mencetak duit lain yang tak lagi berkualiti serta hanya dapat digunakan di Iraq sahaja. Kertasnya macam kertas photostate. Kalau terlupa dikeluarkan semasa membasuh seluar, duit itu akan hancur jadi debu. Mungkin gambaran seperti ‘duit pokok pisang’ ketika penjajahan Jepun di negara kita. Dahulu sekeping duit dinar original yang mempunyai jalur emas, nilaian note paling besar hanya 25 Dinar. Kemudian mula dicetak ‘Dinar photostate’ dengan nilai 50 Dinar, seterusnya dikeluarkan pula sekeping dengan nilai 100 Dinar akhirnya yang paling besar sebelum kepulangan saya dulu pada tahun 1999, matawang 250 Dinar. Gambar siapakah yang tertera pada matawang tersebut? Tentunya gambar Saddam yang terpampang! Bagaimana nilainya? Sebelum ‘Ummul Ma’arik’ (mother of the war) nilai Dinar sebenar yang terdapat jalur emas di atasnya, 1 Dinar Iraq bersamaan $US3.30. Bermula pasca Perang Teluk dan sekatan ekonomi PBB pada 1991, ianya merudum serta diburukkan lagi apabila matawang tempatan terpaksa dicetak. Semasa awal saya menjejakkan kaki di Iraq sekitar September 1993, 1 USD boleh ditukar dengan 800 Dinar. Ianya terus dan terus merudum. Sehingga sekitar September 1999 sebelum kepulangan saya, 1 USD yang ditukar, sudah membolehkan kita mengenggam 2,500 Dinar! Sebelum tercetusnya Perang teluk, diistilahkan di Iraq sebagai ‘Ummu Ma’arik’ dengan makna ibu segala peperangan yang membawa kepada ‘hisoor’ atau sekatan ekonomi, rakyat Iraq dikategorikan mewah. Walaupun ketika era Perang Iran-Iraq 1980-1988, yang diistilahkan Kerajaan Iraq sebagai ‘Perang Qadisiyyah’ kehidupan seharian mereka tidak begitu terjejas kerana konflik antara dua negara berjiran ini banyak melibatkan kawasan sempadan sahaja. Ketika itu, jarang rakyat Iraq yang bekerja sebagai buruh kasar. Tenaga buruh kasar diisi pekerja-pekerja asing dari Mesir, Yaman, Palestin, Sudan serta beberapa negara dunia ketiga lain. Mereka adalah boss... (Part 12- by The Doctor)
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 13:13:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015