Celik Emas: Mula menyimpan emas sekarang! Penyelesaian yang - TopicsExpress



          

Celik Emas: Mula menyimpan emas sekarang! Penyelesaian yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila gerakan Islam mengambil kawalan sesebuah kawasan. Kerajaan Islam kemudiannya akan mengambil langkah yang mana akhirnya akan menghapuskan wang kertas. Kerajaan Islam akan menggubal undang-undang yang akan menjadikan dinar emas dan dirham perak sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender). Kerajaan Islam itu juga akan mengeluarkan syiling emas dan perak untuk kegunaan orang ramai. Apabila dinar emas dan dirham perak diberikan status sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender), akibatnya para pekerja sekarang ini akan meminta gajinya didalam bentuk wang yang sebenar dan bukan lagi wang tiruan (kertas). Barang-barangan, properti, hartanah dan perkhidmatan akan menyaksikan penjual meminta wang yang sebenar keatas jualan-jualannya. Penggunaan dinar emas dan dirham perak sebagai wang yang sah diperlakukan akan menyebabkan kejatuhan berterusan akan nilai wang kertas. Semakin tinggi nilainya turun, semakin cepatlah jatuhnya wang tersebut, akan menyebabkan orang ramai dapat melihat kelebihan wang sebenar berbanding wang tiruan. Akhirnya wang kertas akan sendirinya jatuh dan apabila ianya berlaku, kerugian besar akan berlaku, bukan kepada orang ramai yang miskin, akan tetapi kepada golongan pemangsa elit. Sehinggalah masanya wang yang sebenar dikembalikan sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender), umat Islam sepatutnya melindungi simpanan mereka dengan menyimpan emas dan perak dan bukannya wang kertas!
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 07:31:15 +0000

Trending Topics



uma vida toda Algo que o vento vem

Recently Viewed Topics




© 2015