Cinta benar-benar mengubah dirinya... Dia bukan wanita biasa. Dia - TopicsExpress



          

Cinta benar-benar mengubah dirinya... Dia bukan wanita biasa. Dia dilahirkan dalam kemewahan dan kemegahan. Namun hatinya tidak bahagia menjadi boneka yang memuaskan kehendak dan kemahuan ibu sendiri sehingga terpaksa mengorbankan banyak perasaan. “Macam mana? kita dah tak ada masa. Mungkin sekejap lagi satu panggilan kecemasan akan kita terima.” – Puan Sri Marina. Dalam dendam dia memaksa diri menjadi orang lain. Membuatkan puzzle indah tentang kisahnya dan lelaki itu musnah terhempas. Namun melarikan diri daripada kenyataan yang amat menyakitkan bukannya mudah. Semakin jauh melarikan diri dari realiti, semakin kenyataan menghampirinya. Dia keliru. Apakah dia harus kembali menyusun kepingan puzzle yang berserakkan sekian lama dan kembali merai kebahagiaan yang terhenti kaku tanpa noktah? “Semuanya salah Puteri. Puteri yang derhaka pada abang. Puteri yang khianati janji-janji kita. Puteri yang cipta derita ni.” – Aisara. “Kenapa istiharkan kematian sendiri, sedangkan Puteri masih hidup?” – Alif. Masihkah ada ruang kemaafan dan bahagia buatnya lagi? Kerana dia tidak bersalah NANTIKAN KEMUNCULANNYA... DI PENGHUJUNG OKTOBER NANTI. Alida Jusoh Iena Hamdi Mimi Syafiqah Iskandar Catherinne Qader Suhana Shuib Lagenda Novel Imaniah Fajaya Othman
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 06:00:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015