Corak penulisan terkadang mencerminkan jiwa keperibadian , cara - TopicsExpress



          

Corak penulisan terkadang mencerminkan jiwa keperibadian , cara berfikir seseorang , bi’ah , serta pola fikir umat pada zaman tersebut. Zaman dahulu para ulama menulis kitab-kitab ilmu yang bermanfaat dan kurang bercakap tentang cintan cintun dalam penulisan mereka melainkan cinta dan pujian kepada Allah taala dan RasulNya. Hatta, Syair Majnun Laila juga kata para ulama adalah PERUMPAMAAN yang dibuat untuk mengambarkan seorang yang tenggelam dengan cintanya seolah-olah dianggap gila kepada Sayyiduna Rasul Sallallahu alaihi Wasallam ( yang dianggap sebagai Laila di dalam kisah tersebut) Kesannya: Masyarakat dapat menilai bahawa zaman itu adalah zaman perkembangan ilmu dan perkembangan maklumat yang tidak putus-putus. Masyarakat juga dapat mengambil banyak faedah daripada tinggalan orang-orang terdahulu. Kita? Tulisan di status lebih banyak berkisar tentang cinta.Tulisan di diari lebih banyak tentang kisah pertemuan “dia dan aku”, Tulisan di blog dan majalah juga berkaitan dengan “ Imamku Berjubah Singkat” “ Makmumku Bermata Ayu” dan tulisan-tulisan menggelikan hati . Kalaulah tulisan-tulisan ini ditemui oleh masyarakat seratus tahun akan datang. Apa tanggapan mereka? “Tahun 2013 adalah tahun yang melahirkan masyarakat yang menggelikan dan menggedikkan.” Fikirkan untuk memberi manfaat dengan segala kerja buat kita, bukan memberi musibat kepada generasi yang akan datang. :)
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 16:36:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015