DITAHAN JUAL BUNGA API, MERCUN MARANG – Terbaru, tindakan tiga - TopicsExpress



          

DITAHAN JUAL BUNGA API, MERCUN MARANG – Terbaru, tindakan tiga peniaga di bazar Ramadan Binjai Rendah di sini, menjual mercun dan bunga api secara terbuka mengundang padah apabila mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, kelmarin. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, serbuan kira-kira jam 6.15 petang itu adalah hasil maklumat orang awam mengatakan terdapat peniaga menjual mercun dan bunga api terlarang di bazar tersebut. “Setelah membuat pemeriksaan di tiga buah gerai, kita dapati peniaga, seorang lelaki berusia 29 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 34 dan 38 tahun menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api terlarang di gerai mereka di bazar Ramadan Binjai Rendah. “Ketiga-tiga peniaga terbabit kemudiannya ditahan sebelum dibebaskan dengan jamin polis manakala pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai dalam anggaran RM1,000 dijual di tiga gerai tersebut turut dirampas,” katanya di sini, semalam. Dalam pada itu, orang ramai berpendapat penjualan mercun dan bunga api berlaku pada musim perayaan disebabkan permintaan daripada orang ramai, khususnya kanak-kanak dan ibu bapa. “Ibu bapa sepatutnya tidak berkompromi dengan isu mercun. Biarlah anak merayu, tetapi jangan sekali-kali membenarkan mereka bermain mercun. Carilah alternatif lain untuk menghiburkan mereka,” kata bapa enam anak, Musa Ismail, 60.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 08:47:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015