Dalam buku sejarah yang DIKARANG oleh pihak Persekutuan yang - TopicsExpress



          

Dalam buku sejarah yang DIKARANG oleh pihak Persekutuan yang DIMONOPOLI oleh Kerajaan Malaya, mereka telah meletakkan MAJORITI rakyat Sarawak dan Sabah BERSETUJU membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA kononnya... Apabila ditanya mengenai apakah isi kandungan Laporan Cobbold, mereka tidak mahu mendedahkannya. Dan, kini, Laporan Cobbold telah lama berada dalam tangan kami pihak Administrative SSKM Group, maka adalah jelas kenapa mereka tidak mahu mendedahkan isi kandungan Laporan Cobbold tersebut... Ini kerana terbukti bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia adalah TODAK MELALUI JALAN YANG SAH. Malahan, di dalam Laporan Cobbold menyelesaikan satu MASALAH yang BESAR yang diperbuat oleh kerajaan pimpinan MAHATHIR MUHAMMAD dan para askar nya yang cuba MEMALAYAKAN SABAH. Konsistensi urusannya dalam perkara ini adalah jelas kerana dalam perlembagaan yang asli, tidak disenaraikan nama-nama etnik yang berada dalam Negara Sabah lantas Mahathir dan para askar nya mengambil kesempatan terhadap perkara ini... namun, sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua (jika TUPAI itu masih melompat sekarang, melompatlah sebelum waktunya tiba untuk graviti menjalankan tugasnya). Ini kerana terdapat data STATISTIK POPULASI Borneo Utara di dalamnya menyatakan bahawasanya TIADA ETNIK MELAYU di Negara Borneo Utara yang sekarang ini adalah Sabah. Mengenai jumlah petisyen yang diperolehi Cobbold, jumlah itu adalah sangat mengejutkan dan memang patut kerajaan persekutuan MENYEMBUNYIKANNYA kerana jika ketahuan oleh rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak, mereka boleh MEMPROKLAMASI pemisahan dengan Malaya bila-bila masa sahaja daripada tempoh komentar ini ditulis. Hanya dengan cara MENIPU barulah rakyat akan bingung dengan kebenaran sejarah negara mereka, lantas akan menjayakan PROJEK mereka iaitu PROJEK MALAYSIA, projek PENJAJAHAN seluruh NUSANTARA yang bermula dengan penjajahan ke atas Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Brunei telah terselamat daripada risiko penjajahan bentuk baru ini, manakala Singapura secara tidak langsung terselamat dengan tindakan Malaya yang tamak kuasa dan seterusnya, SABAH dan SARAWAK adalah PASTI akan MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI daripada penjajahan ini. Dan ia semakin mendekat... Think! DUM SPIRO SPERO | PERGO ET PERAGO
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 16:48:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015