Dalam hidup kita, kita perlu kawan-kawan yang selalu mengingatkan - TopicsExpress



          

Dalam hidup kita, kita perlu kawan-kawan yang selalu mengingatkan kita tentang hari akhirat. Namun, terkadang, ia boleh jadi sesuatu yang annoying, contoh.... 1. kita update, kita sedang baca buku terbaru mengenai 101 Teknik Buat Post Di Facebook - tiba-tiba, kawan kita si Ustaz tu komen, baik baca quran, lagi banyak faedah 2. contoh lain pula, kita lupa nak tukar privacy gambar makan-makan kita di sebuah restoran. Sepatutnya nak buat Family Only, tapi terbuat Public. Lepas tu, sorang ustazah ni komen, Bazir je, baik duit tu bantu orang kat Palestin 3. ada lagi satu contoh, kita baru dapat rezeki, projek baru masuk, lepas tu, kita post, Alhamdulillah, rezeki baru masuk dengan tujuan beri galakan kepada rakan-rakan sebisnes.. Then datang komen sorang pak kiyai ni.... Jangan lupa zakat 2.5% bro... sedangkan rezeki kita dapat tu, haul dan nisab pun tak cukup lagi. 4. Ni mungkin contoh terakhir, kita mengigatkan adik-adik kita yang macam malas bekerja bersungguh-sungguh dan berbisnes tu, lalu kita post, Kerja lah bersungguh-sungguh, supaya kita jadi kaya, dan dapat bantu ramai orang lain Then datang, pak syeikh arab, Enta, toksah kejar sangat dunia tu, bukan boleh bawak ke kubur hehe ..... Saya tak salahkan diorang. Cuma, sekali-sekali annoying gak, ye lah... mood daripada bersemangat, boleh jadi down bila baca komen-komen diorang ni. Namun, keperluan orang seperti ni, pada saya amatlah diperlukan, agar kita bersyukur, betapa beruntungnya menjadi orang bijak yang beriman berbanding menjadi orang yang beriman semata-mata tanpa kebijaksanaan. Wallahualam oleh : Raja Kamil
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 08:50:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015