Dari ABS Idea yang baik.... Pelaburan yang buruk.... Salah satu - TopicsExpress



          

Dari ABS Idea yang baik.... Pelaburan yang buruk.... Salah satu isu yang lazim berlaku dalam kalangan orang yang baru hendak berniaga adalah isu melaburkan duit pada idea bisnes buruk! Ya, idea buruk! Buruk dari sudut bisnesnya. . Contoh idea baik, pelaburan buruk: Kita nampak masalah obesiti yang banyak di sekeliling kita. Banyak lelaki gemuk, perempuan gemuk, kanak-kanak gemuk. Kita pernah belajar di Jerman. Lalu kita mendapat idea mahu membuka salun menguruskan badan dengan menggunakan oven berteknologi tinggi dari Jerman. Sebiji oven berharga RM45k. Kita berjaya dilantik menjadi pengimport dan pengedar tunggal oven itu. . Sebagai orang yang baru hendak belajar berniaga, duit modal bisnes kita sangat terhad. Kita mungkin mempunyai wang simpanan RM5k ataupun RM10k. Wang itulah yang akan kita gunakan bagi memulakan bisnes kita. Idea membuka bisnes bagi membantu mereka yang obes menguruskan badan adalah idea yang baik. Melaburkan wang simpanan yang sedikit bagi membuka bisnes yang memerlukan modal besar adalah idea pelaburan yang buruk. .
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 05:42:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015