DiGi Challenge for Change v5.0 Kategori: Conneted - TopicsExpress



          

DiGi Challenge for Change v5.0 Kategori: Conneted Citizen Nama aplikasi: Tabung Masjid Masalah: Sekurang-kurangnya terdapat 6000 masjid di Malaysia. Tiap-tiap hari Jumaat, muslimin akan bersedekah duit ke tabung masjid. Namun, sebahagian besar daripada kita tidak tahu ke mana, bila, siapa dan bagaimana duit sedekah itu diuruskan. Sebagai penderma, kita berhak untuk mengetahui status atau hasil daripada duit sedekah kita itu. Apabila kita tidak dimaklumkan tentang bagaimana sedekah kita diuruskan, secara tidak langsung dan tanpa disedari, kita hilang kepercayaan terhadap organisasi pengurusan masjid dan kesannya, kita semakin kurang untuk bersedekah. Solusi: Aplikasi ini bertindak sebagai alat untuk penyebaran maklumat terkini tentang status duit dalam tabung masjid. Aplikasi ini memaklumkan muslimin muslimat tentang ke mana, bila, siapa, mengapa dan bagaimana duit sedekah dalam tabung masjid itu diuruskan. Seterusnya, kita akan terbuka hati untuk menderma lebih ke tabung masjid. Hal ini kerana kita percaya dan yakin bahawa sesungguhnya sedekah kita itu diuruskan dengan lebih baik dan disalurkan kepada golongan yang layak dan mereka yang memerlukan bantuan. Apabila dengan secara istiqomahnya kita dimaklumkan tentang status duit sedekah dalam tabung masjid itu, kita akan lebih berlapang dada dan terbuka hati untuk terus bersedekah dan bersedekah ke tabung masjid. Hasilnya, lebih banyak golongan yang kurang bernasib baik dapat dibantu melalui tabung masjid.Dan, naungan rahmat daripada Allah akan kita perolehi dunia akhirat. Allah memusnahkan riba[1] dan menyuburkan[2] sedekah. Dan, Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu membuat dosa[3]. Surah Al-Baqarah, ayat 276 [1]Memusnahkan riba ialah memusnahkan harta itu atau menghilangkan berkatnya. [2]Menyuburkan sedekah ialah mengembangkan harta yang telah dikeluarkan sedekahnya atau melipat-gandakan berkatnya. [3]Orang yang menghalalkan riba dan tetap melakukanya.
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 19:43:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015