Diari Khamis - Rabu 24- 30 okt 2013 Khamis 24hb Bermula - TopicsExpress



          

Diari Khamis - Rabu 24- 30 okt 2013 Khamis 24hb Bermula dengan sidang parlimen hingga jam 8.15 mlm. Terus ke Hotel Putri untuk seminar bajet bersama ahli Parlimen PAS sehingga jam 11.30 mlm. Jumaat 25hb Pagini Flight ke Trg jam 7.20 pg. Seterusnya kuliah pagi jumaat di Surau Ayah Itam macam biasa. Jam 10.30 bergegas ke Bukit Tumbuh untuk solat Janazah seterusnya ke airport untuk ke KL flight jam 11.20 pg. Ptg jam 4 mengikuti pembentangan bajet oleh Perdana Menteri hingga jam 6.30 ptg. Meeting mlm hingga jam 12 mlm. Sampai rumah jam 1 pg Sabtu; Sabtu 26hb Jam 2 pg siapkan kertas kerja pembentangan yang belum sempat ditulis sehingga jam 5 pg. Jam 6.30 ke Subang flight Subang ke Kota Bharu jam 7.50. Tiba jam 8.50 lebih terus ke Perdana Resort PCB untuk membentangkan kertas kerja bertajuk العلماء قادة اﻷمة sebelum ucapan perasmian TG Nik Aziz dalam Muktamar Ulamak Kelantan jam 10 pg. Jam 2 ptg flight KB ke Penang. Staf menanti dengan kereta BMW di airport Penang untuk ke Sg Limau. Petang diisi dengan program ziarah. Kemudian kuliah maghrib di surau hj Latif dan 2 slot ceramah penerangan hingga jam 12 mlm. Ahad 27hb Pkl 1 pg bertolak balik ke KL. Berhenti rehat tidur sekejap di hentian rehat Taiping jam 2 pg kerana mengantuk. Jam 4.10 pg bertolak ke Bangi. Saya memandu. Driver masih mengantuk. Tiba jam 6 pg di Bangi. Jam 7 pg ke TV Hijrah untuk program live iklan bisnes yang menjadi rutin mingguan pagi ahad sejak 2011 di tv9 lg. Jam 10 pg flight firefly ke K Trg. Jam 11.50 forum anjuran Yadim di Wisma Darul Iman dengan tajuk Menangani Ancaman Kritianisasi, Liberalisma dan Syiah bersama Dr Asyraf Wajdi YDP Yadim dan Sahibus Samahah Dr Zulkifli Muda mufti Trg -yang juga sahabat lama saya ketika di Jordan dan jiran di Padang Balang tahun 2000. Turut mendengar Datuk Razali MAIDAM dan Mufti Wilayah Sahibus Samahah Dato Wan Zahidi. Jam 2 ptg menziarahi TG Dato Harun Taib di Kubang Lembik membincangkan pelbagai perkaa berkaitan Dewan Ulamak. Jam 5 flight Malindo ke Subang. Isnin 28hb Bermula sidang parlimen. Selepas sesi soal jawab lisan Ketua Pembangkang membahaskan bajet. Tengahari meeting ahli parlimen PAS di tingkat 14. Jam 3 ikuti pembahasan bajet oleh Presiden. Jam 5 bertolak ke Sg Limau dengan kereta memandu sendiri. Tiba di Sg Petani malam selesaikan sedikit urusan keluarga. Mendapat perkhabaran kematian Alias atau dikenali dalam keluarga sebagai Napi seorang pengusaha keropok d kg baru. Beliau sepupu isteri saya Ustazah Anili manakala isterinya pula adalah sepupu saya dikenali dengan Kak Yoh. Berkira-kira nak balik ke Trg tapi jadual tak mengizinkan. Sekadar menalifon mengucapkan takziah. Selasa 29hb Awal pagi mendapat perkhabaran kematian ibu kepada saudara Nordin Mahmud di Kg Baru juga. Beliau rakan dari zaman remaja memakmurkan surau ayah itam wan ali dan bekas ajk pas kawasan K Nerus. Sempat menalifon beliau untuk ucapn takziah. Pagi ke Sg Limau. Dimulakan dengan ziarah rumah ke rumah di UPU Batu 16/Padang Lumat bersama YB Ust Hisyamuddin, Ustaz Mohd Guar Chempedak dan Ustaz Ya Khatt. Tengahari sempat bersama ketika TG Presiden dan Cikgu Pa melawat markaz Batu 16 yang dibantu oleh PAS Terengganu. Bermula 27hb giliran PAS Kuala Nerus dan Hulu Trg bertugas. Makan tengahari sehidang dengan Presiden dan SU Agong. Antara yang menarik disebut oleh Presiden ketika makan ialah isu Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu yang dikenakan tuduhan kerana mengemukakan pandangan kepada MAIDAM dalam isu meletakkan Mahkamah Syariah di bawah MAIDAM. Turut hadir Ust Kamal Nazmi Pen Su DUPP dan Ust Harme adik saya yang juga ajk dewan ulamak pas wilayah. Jam 2 ptg hadiri meeting induk PRK Sg Limau juga dengan kehadiran Presiden dan SU Agong. Jam 4 bertolak ke Airport Penang menaiki firefly ke KL jam 5.30 ptg. Kereta parking di airport. Tiba jam 6.30 ptg di Subang. Sahabat lama sdra Affandi menanti di airport dgn kereta Wira beliau untuk ke Lancang, Pahang program ceramah penerangan PAS Temerloh. Terpaksa minta bantuan beliau kerana kereta saya merc E200 diguna oleh bapa mertua ke Kuantan. Kereta Avanza isteri masuk bengkel accident minggu lepas. Kereta Naza yang dijaga oleh adik ipar untuk urusan syarikat ada masalah brek bimbang untuk ke tempat yang jauh seperti Lancang. Tinggal kancil isteri perlu guna pulak ke darul fuqaha. Emm macam-macam. Singgah ke Parlimen mengambil YB Ust Tantawi jam 8 mlm. Menunggu Tantawi yang akan berucap membahaskan bajet dijangka jam 9 giliran beliau. 9.30 mlm sebaik berakhir ucapan Tantawi terus bertolak ke Lancang. Oleh kerana sdra Fandi tak dapat memandu lebih laju untuk berkejar ke Lancang saya mengambil alih pemanduan dan tiba di Lancang jam 10.50 mlm. Ust Azman Syafawi baru habiskan slot beliau. Tantawi memberikan ucapan pendek sebagai tuan rumah sahaja dan memberikan laluan untuk saya berucap lebih panjang topik prinsip bajet dalam Islam dan isu nikmat aman dan nikmat kenyang yang diberikan oleh Allah kepada sebuah negaraku serta azab ketakutan dan kelaparan sebagai ganti 2 nikmat itu apabila manusia kufur dengan nikmat. Bertolak balik jam 1 pg. Tiba di ampang jam 2 pg. Adik ipar menanti dgn Naza untuk pulang ke Bangi dan tiba ke rumah jam 2.40 pg. Jam 6 pg ini bertolak dari Bangi ke airport Subang flight firefly ke Penang. Sedikit kesesakan menyebabkan flight terlepas. Ambil tiket Berjaya jam 7.50 pgi ke Penang. Insyallah ke Sg Limau sekejap dn ptg bertolak balik k Kl semula driving kerana janji ceramah perdana yang dah dituntut oleh sdra Fandi sebagai ganti kuliah yang dibatalkan pada bukan Ramadhan di Masjid Fatimah Zahra Tmn Kosas mlm ni. Khamis insyallah giliran saya membahaskan bajet. Malamnya forum di Sg Limau maghrib dan ceramah lepas Isya. Jam 1 pg dijangka bole mula memandu ke Terengganu program rutin mingguan kuliah dhuha di Seb Takir dan masjid Batu 6 di samping program-program bersama rakyat. Sabtu dijangka comitment sehari di Sg Limau. الله المستعان اللهم بارك لي في كل من أوقات حياتي
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 01:50:41 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015