*Doakan mereka :) _ Dengan bantuan dan rahmat Allah, - TopicsExpress



          

*Doakan mereka :) _ Dengan bantuan dan rahmat Allah, Alhamdulillah kempen RM 1 Juta Konvoi dari Malaysia ke Syria telah tamat dan segala urusan telah diselesaikan. Sekarang kami dalam proses persiapan ke Syria untuk menyampaikan derma anda kepada saudara-saudara kita di Syria. Apa yang kami perlukan adalah doa daripada anda semua agar kumpulan kami berjaya dan selamat disana. Jangan lupakan kami dalam doa anda kerana situasi di Syria kini semakin buruk selepas serangan senjata kimia di Syria. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kami dan membantu kami melaksanakan tugas dan memberi ganjaran pahala dan kebaikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang untuk menjayakan misi ini. Semoga kerja-kerja ini dilakukan semata-mata demi ALLAH SWT dan semoga Allah menerima sumbangan setiap orang tidak kira sekecil mana sekalipun. Dan semoga diganjarkan kepada kita syurga dengan tempat-tempat yang indah dan kediaman di sebelah kediaman Nabi saw. Akhir sekali, semoga Allah SWT memelihara negara kita daripada penjenayah Syiah dan menghindar mereka jauh dari kam. InsyaAllah Malaysia tidak akan berada dalam kedudukan yang memerlukan bantuan daripada orang lain. Amin Ya Rabbal Alamin Di sini ialah tentatif program: 1 - Hadir di lapangan terbang KLIA pada 4 September, jam 12:00 pagi InsyaAllah. Anda boleh datang untuk menyampaikan salam kepada rombongan Syria Care atau menghantar sumbangan wang tunai saat terakhir. 2 - Rombongan kami akan menaiki penerbangan Qatar Airways (tiket didermakan oleh kerajaan Qatar) 3 - Kempen kami ditujukan khas untuk membeli makanan dan bekalan untuk anak-anak anak yatim-syahid di Syria. Kami akan terbitkan laporan terperinci dari dalam Syria. Kami TIDAK akan melayan soalan-soalan mengenai senjata atau Mujahidin, jadi sila jangan tanya kami. 4 - Kami ulangi, kami berharap anda doakan kami berjaya meynerahkan derma anda semua kepada orang-orang yang memerlukan dengan selamat insyaAllah. 5 - Kami tidak akan berhenti menderma kepada Syria. Seperti yang anda tahu, setiap hari yang mendatang adalah lebih teruk dari hari yang lepas. Kami berharap anda terus menyumbang pada masa akan datang dalam kempen seterusnya InsyaAllah. Jangan lupa doakan semua saudara-saudara Islam-Mesir, Myanmar Syria dan Palestin. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada semua umat Islam tidak lama lagi. 6 - Pasukan kami akan kembali ke Malaysia insyaAllah pada 15 September, jam 2:10 petang. Ahli-ahli kumpulan kami adalah: 1 - Ustaz Mohamed Alieh Solihin: Ketua PERSIDAM. 2 - Sheikh Samir Sakka: Presiden Syria Care. 3 - Saudara Omar AbdulHafiz: Naib Presiden Syria Care. 4 - Saudara Hamid Suhli: Pengarah Teknikal untuk Syria Care. 5 - Saudara Ahmad Nur Fathi: Penterjemah Syria Care. 6 - Saudara Ahmed Khurshid: jurubahasa CARE. Matlamat utama kami adalah untuk menghantar SEMUA derma anda dalam jumlah yang penuh tanpa membelanjakan apa-apa pada tiket penerbangan. Tiket penerbangan kami ditaja oleh duta Qatar di Kuala Lumpur, Syeikh Rashid Al-Mulla. Semoga Allah menerima kemurahan hatinya. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau untuk memudahkan pejalanan ini. Jazak Allah Khairan. Semoga Allah memberikan kejayaan untuk perjalanan ini dan semoga kami selamat kembali ke Malaysia. Semoga Allah menerima amalan dari semua orang memberi sumbangan dan kepada mereka yang kami lupa untuk menyebut namanya. Ya Allah! Tidak lama lagi akan tiba kemenangan Islam! * Musafir Senja Pendamba Ilmu, Musafir Senja Pendamba Ilmu II, Mukminah Salju Permata Istiqomah
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 16:54:53 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015