EKONOMI Syarikat bawah GLCT laksana umur persaraan 60 - TopicsExpress



          

EKONOMI Syarikat bawah GLCT laksana umur persaraan 60 tahun 2013/07/13 Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Program Transformasi GLC (GLCT) sudah melaksanakan umur persaraan minimum baru (MRA) 60 tahun untuk kakitangan masing-masing. Sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG), berkata pelaksanaan berkenaan selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013. Pencapaian itu adalah satu lagi peristiwa penting dalam Program GLCT 10 tahun, yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2005, demikian mengikut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) di Kuala Lumpur, semalam. Mengikut kenyataan itu, ia juga mencerminkan kepimpinan yang ditunjukkan oleh GLC dalam menjadi warga korporat yang bertanggungjawab yang meletakkan kebajikan pekerja sebagai agenda penting. Pembangunan modal insan “Langkah untuk melaksanakan MRA oleh 17 GLC di bawah Program GLCT (secara kolektif dikenali sebagai G20) akan mendapat manfaat 353,020 pekerja am dengan pekerjaan tetap. “Jumlah ini lebih daripada 98 peratus daripada tenaga kerja G20 yang sebanyak 359,744 pekerja,” katanya. Tenaga Nasional Bhd adalah antara yang pertama dalam kalangan G20 untuk menetapkan umur persaraan baru itu untuk pekerjanya iaitu pada September 2012. Sejak itu, seluruh G20 serta lima syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Permodalan Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, melaksanakan MRA. Pekerja adalah kumpulan pihak berkepentingan penting bagi GLC. G20 membelanjakan RM339 juta untuk aktiviti pembangunan modal insan seperti latihan dan program pembelajaran pada 2012, peningkatan sebanyak 6.35 peratus terhadap jumlah yang dibelanjakan sebelumnya. GLC di bawah Program GLCT juga menyediakan pelbagai manfaat jangka panjang untuk pekerja seperti kemudahan pinjaman perumahan dan kereta, perubatan, hospital dan bersalin, kemudahan penjagaan kanak-kanak, dan faedah perjalanan diskaun. - BERNAMA BH
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 00:31:41 +0000

Trending Topics



INKHING THIS MORNING AFTER I SHOWERED AND BRUSHED UP,I
Catching up on the weeks news? Here are some of our stories you

Recently Viewed Topics




© 2015