Fakta yang harus kita faham dan sedar. Penduduk Sarawak Sabah - TopicsExpress



          

Fakta yang harus kita faham dan sedar. Penduduk Sarawak Sabah semakin mahu untuk berpisah dengan Malaysia kerana beberapa faktor. Bukan untuk menyokong idea separatis tetapi tindakan mesti dilakukan untuk memenangi hati penduduk Sarawak Sabah. Penduduk Sarawak Sabah merasa seperti dianak tirikan dalam Malaysia. Banyak pengalaman penduduk Sarawak Sabah yang berada di Semenanjung seperti memperkecilkan mereka. Harga barangan di Sarawak Sabah lebih mahal daripada Semenanjung, tetapi gaji minimum Sarawak Sabah RM800 manakala Semenanjung RM900. Paling memburukkan keadaan harga petrol diesel dilaraskan sama seluruh Malaysia. Sebuah negara dalam Sarawak iaitu Brunei dilihat maju oleh penduduk Sarawak Sabah. Perasaan menyesal mula muncul. Brunei juga dilihat lebih Islamik dan menjaga kebajikan rakyatnya. Perkara yang paling sensitif sekali ialah Sarawak Sabah merupakan penyumbang ekonomi terbesar Malaysia tetapi pembangunan paling terkebelakang. Sama seperti kedai A untung, tapi keuntungan dibawa ke kedai B. Banyak suara2 dalam media sosial yang sengaja menghina penduduk Sarawak Sabah yang memarakkan emosi penduduk Sarawak Sabah.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 06:16:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015