GASTRIK…TAK BOLEH PUASA! Ramai yang menganggap ‘gastrik’ - TopicsExpress



          

GASTRIK…TAK BOLEH PUASA! Ramai yang menganggap ‘gastrik’ itu hadir disebabkan tidak makan, atau kurang makan, atau terlalu ‘berdiet’ sehinggakan perut menjadi kosong lalu dimasuki angin. Kalau begitu ramai yang berpuasa tentu kena gastric! Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca gastrik itu terjadi. Mari kita fahami apakah tanda-tanda umum Gastrik : 1. Perut terasa kembung membulat terutama di bahagian atas (bloating) selepas makan, meskipun hanya makan dalam jumlah yang sedikit 2. Sendawa berterusan 3. Terasa ‘sakit mencucuk’ pada bahagian atas perut (epigastric) 4. Nausea selepas makan (rasa mual) 5. Muntah (sehingga habis semua isi perut yang keluar, sampai satu tahap yang keluar itu hanya angin dan cecair berwarna hijau/kuning) 6.,Hilang selera makan 7. Jika terlalu kronik, pengidap akan mengalami penurunan berat badan yang tidak diingini Apakah punca-punca umum Gastrik : 1. Makanan pedas – Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut. 2. Makanan masam – Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. 3. Makanan berminyak/berlemak (kecuali minyak zaitun) – Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan. 4. Merokok 5. Minuman berkafein (teh, kopi) – juga mampu merangsang rembesan asid perut 6. Makanan yang “berangin”, meskipun kebanyakkan doktor perubatan tidak percaya ini merupakan punca utama gastrik, 7. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drug) yang berterusan dan terlalu kerap (seperti aspirin) akan menyebabkan hakisan dinding perut, ini meningkatkan peluang untuk kawasan tersebut mengalami kesakitan apabila dijamah asid perut. 8. Stress/ tekanan emosi – apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress. 9. Jangkitan bakteria H. Pylori – bakteria ini dikatakan mampu membuat dinding perut menjadi luka (gastric ulcer) 10.Kurang/tidak bersenam Merujuk kepada punca diatas, mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil makanan. Jadi, hakikatnya itu tidak benar sama sekali!
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 05:36:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015