Hakikat kehidupan isteri.. Ramai daripada mereka rasa tertean, - TopicsExpress



          

Hakikat kehidupan isteri.. Ramai daripada mereka rasa tertean, kadang kala rasa suami pentingkan diri. Malah rasa sangat cemburu dengan kebahagiaan yang dicipta dalam dialog romantis dan cerita-cerita rekaan imaginasi. Hendak sahaja dirinya beritahu, "Kahwin bukan indah je, pahit, penat dan menangis lagi banyak la!" NAMUN, saya tulis ini untuk bacaan semua baik lelaki mahupun perempuan, baik suami mahupun isteri BAHAWA kita adalah apa yg kita dapat... Jika rasa kebahagian tidak dicapai seperti diharapkan, jangan terus jauh dari menagih mendapatkan rahmat Tuhan... Jangan jauh dari solat awal waktu, hari-harilah membaca Al-Quran, lakukanlah amalan2 sunat sehingga jadi amalan, kerana ramai saya lihat...SANGAT RAMAI saya lihat, begitu RAMAI saya lihat... Mereka yang lakukan semua itu beroleh KEBAHAGIAAN dalam rumah tangga. Lakukanlah dari sekarang, tiada istilah terlambat baik dari bujang mahupun sudah ada anak beratur panjang Oleh : Aidil Sahipaludin (Pakar diari hati) ***** Saya juga pesan pada diri, insyaALLAH jika rezeki, sy juga pesan pada isteri, jangan berhenti lakukan semua ini, mungkin nanti saya akan teruji, bila benteng diri adalah solat, bacaan Al-Quran dan amalan sunat, pasti kembali pada landasan asal, mencintai dengan terus menerus memberi bahagia.
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 07:00:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015