Hala tuju KBS: Jangan pinggir negeri Pakatan Harakahdaily, 05 - TopicsExpress



          

Hala tuju KBS: Jangan pinggir negeri Pakatan Harakahdaily, 05 Jun 2013 KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menggesa satu perbincangan dengan asas dan latar yang konstruktif bagi membangun sebuah pelan hala tuju yang ideal bagi generasi belia negara. “Ini termasuklah meneliti semula Dasar Pembangunan Belia Negara yang sudah lapuk dan hanya disemak kali terakhir pada tahun 1997,” ujar Timbalan Pengerusi MSNS, Amirudin Shari (gambar) dalam satu kenyataan. Beliau telah dimaklumkan berkenaan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Isnin lalu berkenaan Pelan Hala Tuju Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang akan diumumkan beliau bulan hadapan. “Mewakili Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan penggerak belia di Negeri Selangor, kita menyambut baik langkah proaktif beliau untuk membangun pelan hala tuju yang lebih dinamik dan holistik,” katanya. Baginya, langkah itu diyakini selaras dengan konteks pembangunan belia dan sukan masa kini yang semakin kompleks termasuk dengan beberapa perkembangan baru sub-kebudayaan serta teknologi. Namun, bagi memastikan usaha ini dapat merentasi pelbagai kelompok masyarakat dan benar-benar mencapai objektifnya, beliau menyarankan agar pelan tersebut turut mengambil kira pembangunan belia dan sukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini, kata beliau berikutan kerjasama dan penyelarasan program pembangunan belia dan sukan diperingkat nasional dan negeri dalam penggal sebelum ini mencapai jalan buntu dan terganggu akibat perbezaan faham dan pendirian politik. “Kita yakin, sudah tiba masanya untuk kita melangsungkan constructive engagement di antara entiti KBS dan MSNS bagi memastikan rangka pelan yang lebih mapan dan bersifat inklusif terhadap semua kelompok stakeholder belia negara. “Moga perkembangan ini menjadi titik tolak kepada pembangunan belia negara yang holistik,” ujarnya yang juga Adun Batu Caves. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19765-hala-tuju-kbs-jangan-pinggir-negeri-pakatan
Posted on: Wed, 05 Jun 2013 03:30:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015