Harapan admin kepada penyokong Kelantan 2014! Seperti semua tahu, - TopicsExpress



          

Harapan admin kepada penyokong Kelantan 2014! Seperti semua tahu, pemain pemain utama Kelantan seperti Indra, Paan, Daudsu, Azizi dan lain lain akan berhijrah musim depan. Tetapi jngan risau, pihak pengurusan Kelantan tahu tugas mereka. Patah tumbuh hilang berganti katanya. Harapan admin yg pertama untuk penyokong Kelantan ialah jangan lari dari stadium keramat kita, SSMIV. Jangan pulak hilang Indra & Paan terus tak mahu pergi stadium. Kita ore Kelate kena sokong Kelantan, siapa lagi hendak menyokong kalau bukan penyokong sendiri? Penuhkan stadium, gerunkan lawan kita! Seterusnya, bersatu & bekerjasama Kalau kita lihat, biasanya jika ada program yg hendak kita buat kat stadium, kadang kadang jadi, kadang kadang tak. Kenapa tidak berhasil? Kita tak bersatu. Contoh: buat Tifo merah putih. Sebelum buat, kita dah uar uarkan di Facebook, semua menyambut baik. Tapi bila di stadium, dapat tifo buat lapik tempat duduk la, buat jet la. Bersatu bersatu! Ke-3, jangan boo pemain. Selalunya penyokong Kelantan ni dok boo boo ke pemain yg tak perform / jaringkan goal dalam situasi yg boleh menjaringkan goal. Contoh pemain, Fakri & Nanthakumar, Fakri bila nak masuk padang, ada la ore oyak, hok aloh masuk doh dio ni baso nate ni buat gapo masuk ni bodo la depey goal pom takleh goal. Anda tak fikir, bila anda keluarkan kata kata sebegini, akan meruntuhkan moral pemain? Ingat bila Fakri jaringkan goal semangat ketika menentang ATM? Semua pakat sorak. Jangan boo pemain deh 2014 ni. Akhir sekali, join Ultras. Kita tngok Elephant Army & BOS mereka ramai, mereka kuat. Kita tngok Ultras kita, ada memang ada tapi tak segempak Ultras lain. Biasa kalau Ultras dok chant tu, kalu tahu lagu tu, join la sekali. Kalau mereka tepuk tangan, ikut mereka. Insyaallah satu stadium ikut. Baru jadi terbaik boh! Kesimpulannya, admin mahu dari segi disiplin penyokong, mentaliti penyokong, attitud, kearah lebih baik utk musim 2014. Kita boleh jadi penyokong terbaik. Insyaallah. Admin tk oyak sajo, pesanan untuk admin sendiri. -Ijat-
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 05:52:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015