Hari Asyura: Untuk sesiapa yang berminat. (Yang tak - TopicsExpress



          

Hari Asyura: Untuk sesiapa yang berminat. (Yang tak setuju..mohon baca wall orang lain yang anda rasa lebih memberi manafaat. Islam itu agama sejahtera..tak usah kita gaduh2...Semoga Allah beri kita semua hidayah) Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah Taala kepada diriNya. Menurut Shaykh Syed Muhammad AnNinowy Ayyamillah adalah hari2 yang bila kita membaca sejarahnya atau sunnah-sunnah harinya akan membuat kita lebih dekat dengan Allah dan mengakui keBesaranNya. Seperti hari Badar, hari Asyura, dll Allah Taala telah menyuruh Nabi Musa Alaihi salam agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa alaihi salam dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah Taala, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain. Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah Taala”. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas Radhi Allahu yang bermaksud, “Rasulullah Sallallahu alayhi wa aalihi wa salam menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis riwayat At-Tarmizi). Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أbermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 02:15:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015