Hari demi hari, Kadangkala kekurangan dirasai, tidak pernah puas - TopicsExpress



          

Hari demi hari, Kadangkala kekurangan dirasai, tidak pernah puas menilai walau sudah diungkap “ kita ini manusia biasa..banyak khilafnya…” Tapi tetap rasa ingin tahu. Kadang kala aku terus berdiam, Hendak meluahkan tiada untungnya. Tapi tetap menjadi realiti hidup. Bibir tertutup rapat Mulut terkatup kemas, Lidah rasa kelu nak berbicara, Pabila tuduhan mula kau lemparkan Saat curahan susun kata mengalir keluar, Terus, hukuman dijatuhkan. Mungkin, Ya, mungkin diam itu lebih senang, Walau hati dibakar tuduhan, Lalu minyak tanah yang kau curahkan, Hampir merentungkan iman, Kau patut lihat ke dalam qalbuku, kegigihan menjadi bomba, memadam api amarah dengan kesabaran, Maka mulutku memilih untuk terus diam membisu. Helaian kertas elektronik Menjadi diari setia Dan kekunci hitam kini setia membaca bait-bait kataku Kususun serapi mungkin Bait-bait itu, jika dibaca kau pula Mungkinkah jadi wadah kau berfikir? Namun tetap, Aku mahu kau fahami aku Walau aku terus berdiam. Banyakkan bersujud,berzikir,beribadah keranaNya. salam qiamulail.. Nik Hifzi~27Ramadan
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 18:04:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015