Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan - TopicsExpress



          

Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing. Seorang ahli perniagaan, bila melihat seorang buruh kasar, sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong. Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya, mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi. Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin, mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan, pemalas, dasar meminta-minta, dan suka yang percuma sahaja. Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini, yang menjadi seorang yang berkedudukan. hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri, tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta. Padahal apa yang didapatinya. berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah, bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya. Sampai masa, apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit. seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya. maka hanya itulah rezeki baginya. walaupun pendapatannya boleh membeli makanan yang mahal-mahal...
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 09:09:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015