Higuain yang baru berpindah dari Real Madrid, menjaringkan gol - TopicsExpress



          

Higuain yang baru berpindah dari Real Madrid, menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 20 dan mencipta gol kedau untuk pemain gantian Ever Banega dalam babak kedua. Pertemuan antara Itali dan Argentina semalam di Stadio Olimpico Rome adalah yang pertama dalam 12 tahun. Walaubagaimanapun para peminat tidak dapat menyaksikan Mario Balotelli dari Itali dan Lionel Messi dari Argentina akibat kecederaan. Lucas Biglia mencipta peluang pertama selepas hanya dua minit dengan rembatan dari luar kotak penalti tetapi penjaga gol Gianluigi Buffon berjaya menyelamatkannya. Rentak permainan Itali semakin baik dan mereka akhirnya mencipta peluang pertama selepas 19 minit tetapi rembatan Antonio Candreva dari jarak jauh melambung tinggi. Argentina menjaringkan gol pembukaan seminit kemudian apabila Angel Di Maria memberi hantaran tepat kepada bekas rakan sepasukan Real Madrid Higuain sebelum penyerang itu melepasi dua pemain pertahanan dan merembat masuk bola. Rodrigo Palacio melepaskan peluang keemasan untuk membuat keputusan 2-0 dalam detik terakhir babak pertama. Pengurus Itali Cesare Prandelli kemudian membuat tiga penggantian pada masa rehat demi mengubah nasib. Pasukan Itali melancarkan gerakan serangan pantas awal dalam babak kedua tetapi percubaan penyerang Roma Pablo Osvaldo terlalu tinggi. Walaubagaimanapun Higuain yang mencipta peluang kedua apabila memberi hantaran tepat kepada Banega dari sayap kiri dan pemain midfield Valencia itu menyempurnakan peluang untuk membuat keputusan 2-0. Osvaldo mengancam 13 minit sebelum masa tamat di sayap kiri dan memberi hantaran kepada Lorenzo Insigne yang berjaya menyepak bola lepas penjaga gol Mariano Andujar untuk mengekalkan harapan Itali. Argentina berjaya mempertahankan keputusan yang baik hingga wisel penamat. #RaFNRoyaloFC
Posted on: Thu, 15 Aug 2013 02:57:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015