If India adopted the doctrine of love as an active part of her - TopicsExpress



          

If India adopted the doctrine of love as an active part of her religion and introduced it in her politics. Swaraj would descend upon India from heaven. But I am painfully aware that that event is far off as yet, Mahatma Gandhi, A Word of Explanation di dalam Young India, January 1921. Pagi tadi ketika sedang menikmati Choley Bhaturey, seorang lelaki Jepun masuk ke dalam kedai bersama dua wanita. Belum sempat beliau senyum saya mulakan bicara; Awak dari mana? Dengan pelat Jepun yang keras beliau menjawab mereka baru sampai dari Jepun. Hideak Ota namanya, sedang dalam perjalanan dua bulan merentas benua India. Kami bertukar emel, kemudiannya baru saya tahu mereka tidak membawa telefon pun. Kamu tidur di mana? Paharganj, Ramai orang kata Paharganj bahaya? Mereka kata semua hotel di sana tidak dibuka kepada pelancung? Bahaya? Saya dah tidur satu malam di sana, dan saya jumpa ramai pelancung asing juga. Semua hotel beroperasi seperti biasa Orang Jepun ni punya selamba, kemas barang, terus naik kapal. Tak fikir banyak. Paling power bila telefon pun tinggal rumah. Kemudian ketika diasak peniaga yang berkeras mahu mengambil gambar di Delhi Gate, dua penuntut universiti dari China merapati saya dan belakun seolah kami kawan. Kemudian mereka mengambil gambar saya dengan DSLR mereka. Terima kasih Yiyang Wang dan Rui Jiang dari Shanghai, mereka berjanji untuk emel gambar tersebut kepada saya. Di Old Delhi, saya sempat berkongsi Beriyani Kambing bersama penarik beca, yang gigih menarik dan menunggu selama 3 jam, hanya untuk upah tidak lebih dari MYR 10. Walaupun sedang asyik membaca Hobsbawm, kepala saya keras memikirkan betapa usaha untuk menyatukan seluruh India dan memastikan mereka mempunyai semangat demokrasi ialah satu idea yang maha kuat ke atas bangsa ini.
Posted on: Wed, 26 Mar 2014 13:32:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015