Info berkenaan alahan.... Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = - TopicsExpress



          

Info berkenaan alahan.... Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud perubahan aktiviti. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. Istilah allergy telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai allergy, daripada kata-kata Yunani allos bermaksud lain dan ergon bermaksud kerja. Alahan terhadap ubat-ubatan Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis. Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini. Gejala Gatal-gatal. Ruam kulit. Gatal-gatal pada kulit atau mata. Bunyi ronkus. Bibir membengkak. Gejala-gejala anafilaksis termasuklah: Penyumbatan rongga hidung. Sukar bernafas. Batuk. Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku. Pening. Keliru. Sakit/kekejangan otot abdomen. Loya, muntah. Cirit-birit. Rawatan Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 09:39:26 +0000

Trending Topics



ht:30px;">
TRIL Is Involved in Cytokine Production in the Brain following
P U B L I C S A F E T Y O F F I C E R The City of Petoskey
Recent events have made me realize that I should be offering a
Joke of the Day! A man was pulled over for speeding down the

Recently Viewed Topics




© 2015