Isu TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) Dari 29 bab dalam - TopicsExpress



          

Isu TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) Dari 29 bab dalam TPPA diberitakan hanya 5 bab sahaja yang berkaitan dengan Perdagangan selebihnya adalah berkaitan dengan perkara yang menyentuh harta intelek, peningkatan kos perubatan, jaminan terhadap SME dan yang paling utama adalah kedaulatan negara. kenapa sorang ja menteri bertungkus lumus..menjawap..sedangkan...isu kesihatan...keselamatan..harta intelek..dan sebagainya juga termasuk dalam perundingan tu...awat semua jadi bisu....ada agenda lain ka pa... Parti pembangkang, sebelum pilihanraya berjuang untuk kerajaan meliberalisasikan pasaran untuk memberikan hak samarata kepada semua rakyat dengan menghapuskan DEB dan unsur monopoli sudah bernada lain dengan mula memperkatakan perlunya perlindungan terhadap industri di Malaysia. Bukankah melalui pasaran terbuka sebegini akan memungkinkan Kerajaan tidak lagi mengenakan duti kenderaaan import yang tinggi untuk melindungi industri kenderaan Nasional, dan secara automatiknya pemain industri tempatan akan mula memikirkan tentang kualiti dan kos yang lebih kompetatif untuk ditawarkan kepada pasaran. Sekarang Kerajaan sedang cuba berunding untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia kek ekonomi yang lebih luas untuk direbut , tapi sekarang kenapa menentang? ada baiknya mereka mula bersama sama kerajaan memberikan input yang lebih bermakna untuk dibawa kedalam meja rundingan TPPA sebelum ia dimuktamadkan atau ada cadangan lebih berkesan untuk negara lakukan dengan lebih baik jika tidak bersama TPPA ini. Tetapi yang ketara tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanya mahu menunggang isu ini untuk kepentingan politik semata mata, atau mereka ini ditaja oleh TYCOON BESAR yang sudah selesa dengan monopoli mereka. Fikir fikirkanlah….
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 18:04:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015