KAJIAN ANALISA KEPERLUAN HIDUP BELIA MALAYSIA Institut - TopicsExpress



          

KAJIAN ANALISA KEPERLUAN HIDUP BELIA MALAYSIA Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan belia berhubung keperluan hidup, keutamaan dan bebanan yang dihadapi pada masa ini dan jangkaan akan datang. Sehubungan itu, pihak IPPBM amat mengalu-alukan pandangan saudara/saudari yang berumur 15 hingga 40 tahun. Beberapa soalan di dalam kajian ini memerlukan jawapan terperinci yang akan mengambil masa saudara/i disebabkan kajian ini ingin mendapatkan maklumat sebenar yang sedang dilalui oleh saudara/i sebagai generasi belia. Maklumat ini membolehkan pihak kami mengetahui situasi sebenar bebanan hidup yang sedang dihadapi oleh generasi belia di Malaysia untuk dikemukakan kepada kerajaan agar sesuatu dasar yang lebih sesuai diperkenalkan. Kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Saudara/saudari boleh forwardkan kajian ini kepada rakan-rakan yang berumur 15 hingga 40 tahun. Sebagai tanda penghargaan, pihak kami akan memberikan saguhati sebanyak RM10.00 dalam bentuk topup bagi 5,000 penyertaan yang terawal sahaja. onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php/survey/index/sid/711711/lang/ms #CopyPaste
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 14:16:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015