KARPAL ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA KIT SIANG DESAK PAS - TopicsExpress



          

KARPAL ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA KIT SIANG DESAK PAS DIBATALKAN!! Penuh di dada-dada akhbar tempatan sama ada berita bercetak mahupun elektronik yang memetik kata-kata Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya semua parti, pertubuhan yang berasaskan satu kaum mahupun agama agar dibatalkan penubuhannya oleh ROS. Tak terkejut malah tidak terperanjat dengan kenyataan Karpal itu kerana yang turut mempengaruhi beliau adalah Kit Siang. Dan sudah pasti tentu ada satu sebab yang kukuh apabila Karpal secara tidak semena-mena mengeluarkan kenyataan seperti itu. Perlu diingatkan, kes penipuan CEC DAP belum lagi selesai. Malah ahli DAP masih lagi berbalah sehingga sekarang kerana masih belum berjaya mencapai kata putus bersama. Perbalahan adalah antara penyokong keluarga Lim dan anti-Lim. Semua orang sedar akan perkara ini. Bagi meredakan perbalahan dalaman parti DAP yang bagai bergegar, Kit Siang pasti mencari jalan supaya rumahtangga parti tidak diketahui orang ramai. Maka diarahkan Karpal untuk membuat kenyataan yang boleh menggegarkan Malaysia sehingga PAS terpaksa berhempas pulas menahan tomahan daripada ahlinya yang sudah tidak tahan lagi terus dihina oleh DAP walau dalam satu Pakatan. Maka keluarlah para pemimpin PAS yang bodoh dengan permainan DAP. Seorang demi seorang pemimpin PAS memberi ulasan agar Karpal tidak berkata seperti itu. Sehinggakan Ketua Pemuda PAS Selangor turut menegaskan supaya dalam muktamar PAS tidak lama lagi agar membincangkan pembabitan PAS dalam pakatan sama ada masih relevan ataupun tidak. Undi Melayu dilihat semakin berkurangan menyokong PAS. Malah, undi Cina terutamanya semakin meningkat menyokong DAP, sehinggakan tiada seorang pun Melayu yang berjaya dalam pemilihan CEC DAP tempohari. Menyedari hakikat orang Melayu sudah tidak mahu bersama PAS selagi tidak keluar dari pakatan, Datuk Harun Taib dan Nik Amar turut menyatakan pendirian supaya hubungan dan penglibatan PAS dalam pakatan harus dikaji semula. Namun apakah sebenarnya keputusan PAS? Kita bakal ketahui Muktamar PAS pada 22 November ini.
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 06:38:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015