KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA - TopicsExpress



          

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN TEMPATAN KE-25 PADA 21 JUN 2013 BERKAITAN MASALAH TAHAP PENCEMARAN UDARA DI VENUE PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2013 Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di dalam Mesyuarat tersebut di atas yang diadakan khusus bagi membincangkan masalah tahap pencemaran udara atau jerebu di Malaysia dan Singapura yang boleh memberikan kesan terhadap perjalanan perlawanan Liga Malaysia 2013 telah membuat keputusan-keputusan seperti berikut: 1. Kedua-dua Pasukan yang akan bermain di venue pertandingan dengan tahap pencemaran udara melebihi 100 PSI dibenarkan meneruskan permainan dengan syarat kedua-dua Pasukan hendaklah menandatangani akujanji bahawa mereka akan menanggung apa-apa kesan yang timbul dari perlawanan tersebut. 2. Bagi permainan yang dijadualkan pada jam 4.45 petang, adalah dinasihatkan untuk bermain pada waktu malam dengan kelulusan FAM. Bagi perlawanan Liga Super 2013 Bil. 114 di antara Pasukan Lions XII FC dan Pasukan Johor Darul Takzim pada 22 Jun 2013, hari Sabtu di Stadium Jalan Besar, Singapura dibenarkan untuk bermain di atas sebab-sebab berikut: i. Kedua-dua Pasukan telah memberikan persetujuan secara bertulis untuk meneruskan perlawanan dan akan menandatangani akujanji seperti di Perkara 1. ii. Perlawanan ini adalah amat penting untuk menentukan kedudukan Pasukan. iii. Tiket bagi perlawanan ini telah habis dijual. iv. Urusan keselamatan di Stadium Jalan Besar juga telah ditempah awal. v. Permainan akan dijalankan pada waktu malam di mana tahap pencemaran udara adalah kurang daripada waktu siang. vi. Jika berlaku pindaan pada Jadual Pertandingan Liga Super 2013 akan menyebabkan perlawanan bermain pada bulan puasa, dan FAM tidak menggalakkan perlawanan dimainkan pada bulan puasa. Sekian, terima kasih.
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 06:45:37 +0000

Trending Topics



Signed 8x10 Photo I strongly
Great interview. Lot of respect for Blumenthal but I do think he
Prologue Pierre... J’avais un sac noir sur la tête, ce
There is little question that the deal approved by Barack Obama

Recently Viewed Topics




© 2015