KENYATAAN RASMI IMAN IKATAN MAHABBAH MUSLIMIN merujuk kepada - TopicsExpress



          

KENYATAAN RASMI IMAN IKATAN MAHABBAH MUSLIMIN merujuk kepada tajuk utama akhbar Metro bertarikh 29 okt. 2013 iaitu USTAZ KANTOI, Bina banglo di Kemboja guna duit derma. IMAN merakamkan rasa dukacita diatas sikap tidak bertanggungjawab segelintar individu yang mengambil kesempatan diatas sifat dermawan rakyat Malaysia. Justeru tindakan tegas wajar dikenakan kepada pihak terbabit sekiranya dakwaan tersebut benar. Dalam masa yang sama, IMAN ingin menasihati semua dermawan agar berhati-hati sewaktu berurusan dengan mana-mana individu yang mendakwa mereka mewakili sesuatu organisasi. Pastikan identiti mereka dan sebaiknya hubungi terlebih dahulu nama organisasi yang dinyatakan. Selain itu, pastikan setiap transaksi kewangan disertakan dengan resit rasmi sebagai bukti pembayaran. Sedikit mengenai IMAN: Kami adalah sebuah NGO yang mengangkat agenda kebajikan, pendidikan dan dakwah. Moto IMAN ialah Merentas Sempadan Kerana Iman. Setiap transaksi kewangan kami adalah telus dan disetakan resit rasmi. Sumbangan orang ramai adalah amanah kami. Sekian, terima kasih. AHMAD KHAIR FAIZAL YAHAYA Pengerusi IMAN IKATAN MAHABBAH MUSLIMIN
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 02:23:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015