KESELAMATAN DI PEJABAT Pejabat boleh dikategorikan rumah kedua - TopicsExpress



          

KESELAMATAN DI PEJABAT Pejabat boleh dikategorikan rumah kedua kita kerana kita banyak menghabiskan masa kita berada di pejabat. Hampir lapan jam kita menghabiskan masa di pejabat dan tanpa kita sedar kita di kelilingi dengan hazard yang mana boleh memberi kemudaratan kepada kita. Dalam Akta 514 Bahagian IV Seksyen 15, Majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kesemua pekerjanya semasa bekerja selagimana praktik. Hazard di pejabat boleh dikategorikan kepada empat (4) kategori iaitu fizikal, kimia, biologi dan ergonomik. Hazard fizikal terdiri daripada hazard yang berkaitan dengan kejutan elektrik, peralatan atau mesin, pencahayaan dan juga suhu di tempat kerja. Hazard Biologi pula menjurus kepada keadaan sistem pendingin udara di pejabat yang mana akan mempengaruhi emosi dan kesihatan pekerja. Debu, gas, wasap dan juga rokok pula dikategorikan sebagai hazard kimia. Hazard yang berkaitan tekanan mental, fizikal di kategorikan sebagai hazard ergonomik. Antara kemalangan yang berlaku di sebabkan hazard yang ada di pejabat ialah, tergelincir atau tersangkut pada halangan wayar dan permaidani rosak di lantai pejabat. kejutan elektrik juga di kategorikan kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian yang mana wayar atau peralatan elektrik tidak diselenggara dengan baik dan seterusnya menyebabkan wujudnya hazard fizikal. Sick Building syndrome merupakan suatu sindrom penyakit yang mana pekerja akan berkeadaan tidak sihat apabila datang ke pejabat. Ini disebakan suasana dan keadaan di pejabat yang sesak, tiada pengudaraan yang baik dan juga pencahayaan yang tidak sesuai. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan iaitu dengan cara membentuk dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mana membantu pekerja memahami dan mempunyai kesedaran berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Menyediakan Prosedur Kerja Selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi adalah salah satu cara proaktif dalam mengatasi masalah berlakunya kemalangan di tempat kerja. Selain itu, mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) di tempat kerja juga menjadi faktor menambahkan keceriaan dan mengurangkan hazard fizikal di kawasan tempat kerja. Penyelenggaraan alat elektrikal dan alat penghawa dingin secara berkala juga dapat mengurangkan risiko hazard fizikal dan biologi di tempat kerja. Bagaimana untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang diambil dapat dijayakan? Komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan langkah-langkah keselamatan yang di ambil. Majikan juga perlu sentiasa menyampaikan informasi terbaru berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi menjamin kesedaran di kalangan pekerja. Sila Hubungi Pihak Miffa Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Kurus Keselamatan Di Pejabat... Tel Off : (06) 336 2571 / 336 2573
Posted on: Mon, 21 Oct 2013 06:21:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015