KINIBIZ Kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor sedang - TopicsExpress



          

KINIBIZ Kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor sedang berunding untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit, termasuk kebuntuan berpanjangan berhubung mengukuhkan sektor air di negeri ini, demikian menurut sumber-sumber. Kejayaan rundingan itu mungkin akhirnya bakal menyaksikan kerajaan Selangor mengambilalih semua empat syarikat konsesi air di negeri itu - Puncak Niaga Holdings, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) dan Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). SYABAS adalah pembekal tunggal air di Selangor, manakala tiga yang lainnya adalah syarikat konsesi rawatan air. Sebagai pertukarannya, kerajaan Selangor dijangka memberikan kelulusan untuk projek kerajaan persekutuan di negeri ini, termasuk cadangan membangunkan tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh, isu loji rawatan air Langat 2 dan pembinaan Universiti Perdana di Serdang. Rundingan antara kerajaan Selangor dan persekutuan itu membayangkan kini terdapat keazaman politik untuk menyelesaikan perkara-perkara yang kedua-dua pihak enggan berganjak sebelum ini. Putrajaya membayangkan semalam matlmatnya untuk menyelesaikan kebimbangan semakin berkurangnya rizab air di Selangor dalam tempoh tiga bulan, dengan penyelesaian memberi tumpuan kepada projek rawatan air Langat 2. Tempoh penyelesaian yang agak pantas selepas kebuntuan yang lama antara kerajaan persekutuan dan negeri yang dikuasai pembangkang berhubung projek tersebut, membayangkan bahawa kompromi akhirnya telah dicapai antara kedua-dua pihak. Di samping kebuntuan projek Langat 2, terdapat juga kontroversi berhubung tindakan kerajaan Selangor menolak permohonan untuk menukar status 141 ekar tanah di Serdang, dari pertanian kepada pendidikan tahun lepas, yang telah dijual oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk menempatkan Universiti Perdana (PUGSM). Status pertukaran status itu diperlukan bagi membina kampus PUGSM. PUGSM ditubuhkan pada 2010 dengan kerjasama Universiti Perubatan Johns Hopkin dari Amerika dan merupakan perkongsian awam-swasta (PPP) atas inisiatif Unit Kerjasama Awam Swasta (3PU) di Jabatan Perdana Menteri. Tapak kampus di tanah tersebut telah dilancarkan oleh perdana menteri pada September 2011 dan sepatutnya siap tahun ini. Satu lagi isu antara kerajaan persekutuan dan Selangor ialah cadangan pembangunan tanah RRI di Sungai Buloh seluas kira-kira 3,300 ekar. Ahli politik pembangkang mempersoalkan mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipilih melalui rundingan terus untuk membangunkan tanah tersebut. Dalam responnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usahasama kerajaan persekutuan dengan KWSP untuk membangunkan tanah tersebut, membolehkan kerajaan mengawal-selia halatuju pembangunan sejajar dengan agenda pembangunan negara. Semua urusan berkaitan tanah adalah tertakluk dalam bidangkuasa kerajaan negeri. [Baca berita penuh]
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 11:08:02 +0000

Trending Topics