KRITIK DAN CONDEMN? SINONIM ATAU MATCHING? Media Sosial - TopicsExpress



          

KRITIK DAN CONDEMN? SINONIM ATAU MATCHING? Media Sosial sekarang, amat luas, sampaikan negara luar punya masalah pun kita tahu, memang benarlah pepatah orang Putih: Small World. kita boleh tengok di sesetengah Page, contohnya Bola sepak, kita tengok peminat semua menyokong bersorak bila team itu menang, tetapi bila team itu kalah, semua kutuk menghina samapi ayat mencarut semua keluar. Siap ada perempuan juga sekali mencarut. Tetapi bila kita tegur, dia kata kritikan membina. Oh? Eh? Jadi apa beza Kritik dan Condemn? Jadi mereka jawab, sama sahaja. Oh. Ok. Ini jawapan saya. Ya, Dalam hidup kita memang kita perlu mengkritik, tak kira dalam apa-apa situasi, peminat bola mengkritik pemain, jurulatih mengkritik pemain, Boss kritik pekerja, Ibu Bapa kritik anak, Guru kritik Murid dengan tujuan untuk mendidik dan mengajar mereka supaya memperbaiki prestasi dan sikap kepada lebih baik dari dulu. Kritik ini bermaksud, kita menegur, memberi pandangan, memberi kata-kata dengan niat untuk mendidik dan membuka mata orang yang dikritik itu untuk memperbaiki kesilapannya. Kritik juga perlu diletakkan sokongan moral kepada yang dikritik itu supaya mood atau moral yang dikritik itu tidak jatuh. sebagai contoh: Ibu sebenarnya tidak berapa suka apa Along buat ini, jangan buat lagi, kerana nanti masa Along dah besar nanti hidup tak akan bahagia, Ibu sayang Along, itu pasal Ibu tegur Along Lebih Kurang macam tu lah contoh kritik. Kita memberi sokongan Moral atau beri sebab mengapa perlu dikritik? Niat kerana kasih sayang. Sama juga dengan kita kritik team, parti politik yang kita sokong, kita kritik kerana kasih sayang dan berharap yang dikritik itu akan berubah. Tetapi apa yang saya lihat, kebanyakan dari kita, likers, admin tu sendiri post atau komen sesuatu dengan bahasa...Mashaallah. Macam tak ada adab. Contohnya lah, anda Kritik pemain bola dengan panggil dia Bodoh, Bangang, Mani macam ayam, Berhenti main bola, Ada yang sampai kutuk mak bapak pemain bola itu. Bila tegur kata kritikan membina?? Jap nak gelak. Itu kritikan membina? Saya rasa cuba anda sendiri jadi pemain bola dan jika anda kena situasi sebegini apa perasaan anda? Maaf ye tuan-tuan dan puan-puan, itu bukan kritikan membina, itu adalah CONDEMN! Condemn ialah kita memberi komen yang berbaur provokasi, benci dan hentam tanpa menggunakan cara ilmiah. Itulah Condemn. sebagai contoh: Bodoh punya pemain! Gi mampuslah kau! Aku main lagi Ok tahu tak! Tak yah Main Bola lah! Ini lah contohnya, dan paling menarik sekali, bila kalah, mula lah nak salahkan orang lain, dan paling pelik (Only In Malaysia) kaitkan dengan Politik. Inikah kritikan membina? Maaf, itu dipanggil secara kasarnya a bunch of Simpletons. Benar, itulah manusia akalnya amat pendek. Dalam hidup ini, kita jangan lah nak kritik melebih tanpa memikirkan perasaan orang itu, saya rasa sebabkan condemn ini lah anak-anak menjadi jahat, masalah sosial meningkat, pemian kita kurang berprestasi, politik semakin diagungkan agama ditinggalkan, sebab mengkritik tanpa memberi sokongan moral dan tiada memberi cara jalan penyelesaian. Inilah masalah kita sekarang ini. Kesimpulannya, saya tahu kebanyakan dari anda semua dah boleh berfikir dan waras(bukan W.A.R.I.S.(Buat lawak pulak aku ni). Apa saya nak kata ialah, kita nak kritik boleh, tapi dengan cara berhemah dan ilmiah, kalau cara keras pun ilmiah dan sokongan moral masih ada. Kita ni orang islam, diajar dengan adab dan tata tertib Islam. Cuba bayangkan jika orang bukan islam membaca komen-komen anda dengan mencarut semua. semsetinya mereka akan fikir sejenak ini ke ajaran islam? Sekian dari saya, saya akhiri artikel ini dengan satu kata-kata hikmat: Jika anda menggunakan nafsu lebih dari Akal, nescaya Budaya, Bangsa dan Agama akan runtuh serentak. Fikir-fikrkanlah kredit hati malaya #zent
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 11:41:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015