KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untukterus relevan di - TopicsExpress



          

KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untukterus relevan di pentas politik negara dengan memahamisuasana politik dan mempersembahkan Islam denganwajah terbaik kepada masyarakat Malaysia,” kata MusyidulAm PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PASsupaya jangan mengurung PAS di dalam kandangpemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkankerjasama politik selagi ia tidak bertentangan denganprinsip asas syariat.Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulasresolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di AlorSetar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannyadiputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkanmelalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.“Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentaspolitik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non- Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.“Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islamsendiri dari memahami agama mereka,” tegas beliau.Berikut kenyataan penuh beliau.Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besarPAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk HarunTaib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (PersefahamanPolitik) dalam Pakatan Rakyat.Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun sayabenar- benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir keprogram yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapanKetua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanyaulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapanbeliau, wallahulam.Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di mukahadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PASmelalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja.Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar TahunanPAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentaspolitik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada nonMuslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkanbukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politiksamseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cerminmata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilaiIslam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadangpe mimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebihsetengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajibmemahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurungPAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalamperjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaikkepada masyarakat Malaysia.Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang barupulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan olehorang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang barumemeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yanghampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegarmemusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belumtepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan.Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yangberkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakandaripada non Muslim.Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburukemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikultanggung jawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam PakatanRakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangattepat dengan realiti politik negara.Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkaniltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam.Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untukpenambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakanghanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.Sekian.Haji Nik Abdul Aziz bin Nik MatAl-Mursyidul Am PAS9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 17:18:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015