KUALA TERENGGANU 9 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) - TopicsExpress



          

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengadakan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam usaha mewujudkan Universiti Peladang di negara ini. Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata, kampus pertama Universiti Peladang itu akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada awal tahun depan. "Insya-Allah pengambilan peringkat pertama pelajar untuk kursus diploma akan kita buat pada Januari 2014," katanya kepada pemberita di sini. Bagaimanapun, jumlah pelajar yang akan diambil untuk peringkat pertama itu belum dipastikan setakat ini. Saipolbahari berkata, Universiti Peladang itu akan mempunyai kampus induknya sendiri iaitu di Bakri, Muar, setelah universiti itu berjalan dengan baik nanti. Beliau berkata fokus Universiti Peladang masa depan akan menambahkan kursus-kursus seperti dalam bidang kedoktoran, arkitek, jurutera dan lain-lain. - Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Dalam_Negeri/20130709/dn_53/Universiti-Peladang-ditubuh-tahun-depan#ixzz2Z8FcpBsQ © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 16:24:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015