“Kalau pun kita rasa sukar memaafkan seseorang yang pernah - TopicsExpress



          

“Kalau pun kita rasa sukar memaafkan seseorang yang pernah menzalimi kita, janganlah sampai kita merendahkan maruah dan martabat kita sebagai seorang wanita/lelaki/mukmin dengan menghina, memberi label, mengutuk, menyindir dan memarahi secara berterusan. Baiklah berdiam dan memberi masa pada diri, mohon pada Allah supaya dibukakan hati untuk memaafkan. Berterusan menyebarkan cerita kemarahan hanya menambah kontroversi, malah memberi aib pada diri sendiri. Yang melihat dan mendengar bukan sahaja sesama kita, tetapi juga Allah yang Maha Kuasa. "…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” an Nuur : 22”
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 08:17:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015