Kawan-kawan,singgah sekejap.Kalau tak baca tak tahu,Tak kenal maka - TopicsExpress



          

Kawan-kawan,singgah sekejap.Kalau tak baca tak tahu,Tak kenal maka tak cinta.hehehe..5 minit.. JERITAN Tengku Puteri Alyah mengejutkan penghuni Vila istana. Maria yang berada di dapur menelan air liur. Kecut perutnya tiba-tiba. “Kenapa ni Alyah? Terjerit-jerit. Apa lagi yang tak kena?” tegur Tengku Dato Zafrul agak berang. Tengku Ezairul yang tengah kusyuk menonton TV hanya menjeling sekilas. “You tahu tak, baju I yang you beli kat London dulu dah terkoyak!” Tengku Puteri Alyah menjerit lagi tidak puas hati. Terkejut Tengku Dato Zafrul dan Tengku Ezairul. Keduanya terus merenung wajah marah di depannya ini. “Baju yang mana?” tanya Tengku Dato Zafrul. “Ni hah!” Tengku Puteri Alyah menunjukkan baju berwarna putih itu. Memang cantik dan mahal. Sakit hatinya saat ini. “Macam mana boleh terkoyak sampai besar macam ni?” Tengku Ezairul pula bertanya. “Mana bonda tahu Zairul. Kalau bonda tahu senanglah. Bonda pakai baju ini hari semasa mesyuarat di rumah Datuk Paduka Azizah. Kemudian, baju ni bonda suruh budak tu yang basuh. Tengok sekarang ni apa jadi?” Tengku Puteri Alyah menghentak kakinya geram. Dia sayangkan baju yang mahal ini. “Bonda tanyalah budak tu sendiri macam mana boleh terkoyak,” saran Tengku Ezairul. ‘Nampaknya kena lagilah orang gaji baru tu dengan bondanya. Padan muka kau!’ getus hati Tengku Ezairul. “Jangan nak menuduh Alyah. Cuba tanya elok-elok. Jangan asyik berkasar aje dengan budak tu. Kesian I tengok dia,” nasihat Tengku Dato Zafrul. Menyirap telinga Tengku Puteri Alyah mendengarnya. ‘Boleh pula suaminya ini membela budak tak guna tu!’ “I bukan sengaja nak tuduh. Memang dia yang basuh baju ni. I taulah! Memang sengaja nak cari nahas. Ingat baju ni murah ke?” bentak Tengku Puteri Alyah dengan muka merah menyala, menahan rasa marah yang belum terburai lagi. “Suka hati youlah Alyah. I tak nak dengar you buat yang bukan-bukan kat budak tu. Dia datang sini nak cari makan. Belajar sikit hormatkan orang lain.” Sebaik berkata begitu Tengku Dato Zafrul terus bangun meninggalkan dua beranak itu. Tengku Puteri Alyah yang masih memegang bajunya bertambah geram. “Timah! Panggil kawan kau tu datang sini,” arah Tengku Puteri Alyah dengan suara yang garang. “Baik mak engku,” kata Timah takut-takut. Beberapa minit kemudian, Maria dengan dada yang berdebar-debar menghampiri kedua beranak itu. Dia sudah mendengar apa yang isteri majikannya ini bebelkan tadi. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar ALLAH melindunginya. Maria menelan liur. “Mak engku panggil saya?” Tengku Puteri Alyah dan Tengku Ezairul serentak memandang Maria. Sakitnya hati Tengku Puteri Alyah melihat Maria. Dia terus bangun dan berdiri di depan Maria. Maria tunduk. Tidak berani dia hendak melawan pandangan Tengku Puteri Alyah. “Kau ni memang sengaja nak cari nahas dengan aku kan?” tengking Tengku Puteri Alyah seraya memegang dagu gadis ini supaya memandangnya. “Kau tahu tak apa yang kau dah buat hah?” Maria menggeleng. Hendak bersuara pun dia rasa takut. Tengku Ezairul mengambil kesempatan merenung wajah kacukan Inggeris ini. “Ni... kau nampak tak baju aku ni?” Tengku Puteri Alyah menayangkan baju putihnya di hadapan Maria. “Kau sakit hati dengan aku dan kau koyakkan baju aku ni, kan?” “Tak mak engku. Saya tak koyakkan baju mak engku. Buat apa saya nak koyakkan baju mak engku. Hari tu masa saya basuh, baju ni masih lagi elok.” Terketar-ketar Maria menjawab. “Pandai kau nak kelentong ya!” Tengku Puteri Alyah mencampakkan baju itu di atas muka Maria. “Kau tahu tak laki aku belikan baju aku ni di London! Gaji kau sepuluh tahun kerja kat sini pun, belum tentu lagi dapat ganti baju aku ni. Kau ni memang bawa sial!” Maria tunduk. Air matanya menitis perlahan di pipi. Tergamaknya Tengku Puteri Alyah melabelkan dia sebegitu. Pembuluh darahnya pecah dengan kata-kata nista isteri majikannya ini. “Huh! Zairul, tengoklah ni. Kita cakap sikit, dia dah menangis. Hei, kau ingat ya! Kalau kau nak balas dendam kat aku, kau memang silap besar!” Tengku Puteri Alyah berterusan menyakitkan hati Maria. Tengku Ezairul tersenyum mengejek. “Orang macam ni kan bonda, tak boleh diberi muka. Apa kata bonda potong aje gaji dia untuk bayar balik baju bonda tu. Apa susah! Hidup menyusahkan orang aje!” “Kau tahu tak! Hati aku ni sakit sangat bila tengok baju aku ni terkoyak. Kau ni reti buat kerja ke tak?” Pekik Tengku Puteri Alyah di muka Maria. “Mak engku... sumpah saya tak koyakkan baju mak engku. Saya tahu baju tu mahal.” Maria cuba membela dirinya. “Menjawab kau ya! Menjawab!” Tengku Ezairul pula bangun dan dengan sengaja menolak-nolak bahu Maria kasar. Maria memegang bahunya sakit. “Jangan pegang perempuan kotor macam ni Zairul! Nanti dengan kita-kita jadi kotor! Okey tak apa, aku tahu kau tak mampu nak bayar baju aku yang mahal ni. Jadi aku akan potong gaji kau tiap-tiap bulan. Maknanya gaji kau yang sememangnya sikit akan menjadi sikit.” Tengku Ezairul merenung Maria dengan tajam. “Malas bonda nak layan perempuan jahat macam ni!” Tengku Puteri Alyah menjeling tajam pada Maria dan terus berlalu. Dalam hatinya gembira kerana dapat mengenakan orang gajinya ini. Yang sebenarnya, dia yang telah menggunting baju itu selepas Maria menyidainya di ampaian. Kini, hanya Maria dan Tengku Ezairul berada di ruang tamu. Maria mahu ke dapur. Tengku Ezairul segera menangkap pergelangan tangan Maria. Dia dapat rasa lembutnya tangan Maria tapi dia tidak peduli tentang itu. Langkah Maria terhenti. Dia berpusing semula mengadap lelaki ini. Takut dia melihat wajah bengis Tengku Ezairul yang sedari tadi merenungnya. “Dari awal aku tengok kau, aku dah tahu yang kau ni ada niat jahat pada keluarga aku, kan?” soal Tengku Ezairul dan mencengkam kuat pergelangan tangan Maria. Berkerut dahi Maria menahan rasa sakit. “Tengku... saya tak ada niat apa pun pada keluarga, Tengku. Percayalah, saya ke mari untuk bekerja dan mencari rezeki.” “Huh! Aku tengok muka kau aku dah tahu hati kau yang busuk tu!” Hati Maria dipagut rasa sebak. Sampai hati Tengku Ezairul berkata begitu. “Maafkan saya Tengku. Percayalah, saya tiada niat apa-apa pun pada Tengku sekeluarga. Saya ikhlas melakukan tugas saya.” “Ikhlas kau kata kalau baju bonda aku pun kau koyakkan?” Maria menggeleng berkali-kali menafikan tuduhan itu. “Orang yang buat jahat takkan nak mengaku dirinya jahat! Dahlah, pergi! Sakit hati aku tengok kau lama-lama kat sini. Ingat kau tu cantik sangat ke? Kalau hati kau tu busuk, memang jelas nampak kat muka kau!” herdik Tengku Ezairul lagi tanpa pedulikan perasaan Maria yang sudah calar balar. Dengan rasa sedih, Maria terus berlalu dari situ. Air matanya terus tumpah. Sedih mengenangkan nasib diri. *Kata novel ni Tengku Ezairul jatuh cinta pada si comel bernama Maria Edani. Kau jugak yang cakap Maria ni orang gaji hanya layak duduk bawah tapak kaki kau dan kau ibarat putera raja hanya untuk puteri-puteri saja. Tapi kenapa kau tergilakan budak comel ni? Seksa rasakan?Kau suka dia tapi kau saja sakitkan hati dia.Bukan ke kau benci dan kau dera budak ni teruk-teruk? Apasal kau suka pulak kat dia? Kau nak seksa dia lagi?Tak puas kau tengok bonda kau tu buat jahat kat Maria? Kau sakitkan hati dia dan kau rela mencampakkan Maria di kelab malam sehingga gadis ini hampir dirogol. Lepas tu kau ajak dia kahwin. Kau memang gilalah Tengku Ezairul. Lepas tu Tengku Ezairil berterus terang nak kahwin dengan Maria, menggelupur kau sakit jiwa kan? Kau dengan Tengku Alyah sama kejam! Tak berhati perut! Lepas tu...? Kenalah baca “TAKKAN KULEPASKAN”..hehehe...
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 03:11:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015