Kedah bakal dapat jurulatih baru Pasukan bola sepak Kedah bakal - TopicsExpress



          

Kedah bakal dapat jurulatih baru Pasukan bola sepak Kedah bakal menerima jurulatih baru bagi persiapan Piala Malaysia yang akan berlangsung Ogos nanti. Pengurusnya, Datuk Jeffrey Low Hang Chow berkata, pasukan Hijau Kuning terpaksa mencari pengganti jurulatih sekarang, Mario Tot yang akan mengakhiri kontraknya 31 Julai ini. "Oleh kerana Kedah sudah layak ke Piala Malaysia, pasukan ini memerlukan jurulatih baru supaya dapat memberi persembahan yang baik ketika pertandingan berlangsung. "Kejohanan itu semakin hampir dan Kedah akan menggunakan jurulatih tempatan bagi persiapan Piala Malaysia nanti. "Beberapa nama jurulatih tempatan sudah pun tersenarai dan biarlah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bermesyuarat serta memutuskannya pada pertengahan bulan ini. "Diharap pemilihan jurulatih ini akan dapat membantu Kedah dalam memberi saingan sengit pada kempen Piala Malaysia nanti. *admin anak jati johor bekas gf admin org kedah (che ta) shhhhh -®J- info bolasepak harimau malaya
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 02:28:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015