Keganasan semakin menggila... Kerana kuasa, kerana harta, kerana - TopicsExpress



          

Keganasan semakin menggila... Kerana kuasa, kerana harta, kerana pangkat, nyawa semakin tiada nilai... Apakah sumbangan kita sebagai Muslim kepada Muslim di sana?? Di saat Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. lalu Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir. “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” (al-Hujuraat: 10) ..Ampuni kami ya Allah.. Rahmati mereka ya Rahman..
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 15:44:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015