Kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR akan nampak - TopicsExpress



          

Kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR akan nampak kesannya jika mereka di tempat kan di sekolah cemerlang seperti sekolah sains, mrsm, sekolah elit, yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di Malaysia. Jika keputusan cemerlang UPSR semakin meningkat tiap tahun bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sistem pengajaran dan silibus telah bertambah baik. Soalan yang sama seperti latih tubi di ajar berulang-ulang kali kepada mereka, dan hasilnya mereka tidak kekok bila berhadapan dengan Ujian bertaraf nasional. Tapi apa yang kurang pada sistem pendidikan darjah kita? Pada pandangan saya, sistem kita kurang dedahan tentang keyakinan diri. Kita boleh lahirkan ramai bijak pandai di sekolah, tetapi berapa ramai yang berani tampil berdiri di hadapan pentas dan bercakap dengan orang ramai? Pernahkan pihak kementerian kaji tentang perkara ini? Sayang seribu kali sayang jika ada ilmu tapi gagal mempersembahkan atau menyampaikan pada orang lain, sekurang-kurangnya pada kumpulan kecil seperti kawan-kawan sekelas. Tindakkan membuat kokurikulum tambahan seperti kelas muzik, drama, lakonan, nasyid, forum, sajak, puisi, tadarus, dan mengadakan hari persembahan di sekolah sememangnya patut dilaknakan. Keberanian berhadapan audien akan lahir di peringkat sekolah rendah lagi sebelum beralih ke sekolah menengah. Murid sekarang zaman teknologi, ada yang hanya berani menjadi pahlawan papan kekunci tapi bila berdepan dengan orang ramai pada dunia realiti takut dan gugup, sedangkan mereka murid yang cemerlang. Bukan tiada kokurikulum sedemikian di sekolah, ada tetapi bukan syarat wajib dan mereka membuat dengan sambil lewa. Jadi sistem ini perlu di ubah. *Saya bukan bercakap kosong, pengalaman saya menaiki pentas sekolah bermula pada darjah 3, dengan menyanyi, lalu mencuba dengan membaca sajak, berlakon (walaupun tak sampai 10 minit). Keberanian bermula dari ruang dan peluang yang diberikan, berilah mereka ruang, paksa mereka jika perlu - admin cikgu pudin -
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 17:23:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015