Kekejaman rejim Bashar terhadap penduduk Sunni mencetuskan - TopicsExpress



          

Kekejaman rejim Bashar terhadap penduduk Sunni mencetuskan pertembungan pemikiran dan emosi di dalam pimpinan PAS sendiri antara kem Syiah atau pendokong Mat Sabu dengan geng-geng ulama muda dalam pemuda PAS. Isu Syiah di dalam PAS mengalami beberapa capahan reaksi dari organisasi, pimpinan dan pendukung grassroot. Kebanyakkan mereka yang menghampiri pintu barisan kepimpinan ulama PAS sedia mengetahui golongan ulama’ seperti Dato’ Haron Taib, Dr. Aziz Hanafi dan Ustaz Mat Daud Iraqi dan beberapa nama lain dari ulama’ muda sangat menetang kemasukan pengaruh Syiah di dalam PAS. Dari segi organisasi, PAS melihat isu Syiah sangat mengaibkan mereka kerana status agama (yang mereka sebut mazhab) tersebut sangat kabur tambahan amalan Syiah sangat berbeza dengan Ahli Sunnah lebih-lebih lagi Syiah diwartakan sebagai ajaran sesat oleh pemerintah. Oleh itu beberapa pimpinan PAS melihat isu mengaitkan Syiah dengan PAS dilihat usaha dari pihak UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mengaitkan PAS dengan ajaran sesat Syiah. Walaupun usaha-usaha itu sebenarnya dilakukan oleh orang PAS sendiri untuk menyingkirkan Syiah dari organisasi tersebut. Di luar negara Syiah merosakkan perpaduan Islam dengan membantai Sunni di Syria dan Iraq. Iran sanggup bersekongkol dengan kuasa jahat untuk membantai umat Islam di Syria kita di dalam negara terhegeh-hegeh melaungkan revolusi Iran, mengambil semangat revolusi Iran yang palsu tersebut. Kelembapan membaca sitsuasi ini sangat merugikan perjuangan Islam. Sepatutnya anasir Syiah dan versi revolusi Iran sudah dicampak ke laut dan sememangnya sudah ketinggalan zaman. Sebagai organisasi Sunni, PAS perlu berdikari selaras dengan perlembagaannya aqidah Ahli Sunnah dan membenarkan usul-usul tindakan membanteras ajaran Syiah dibahaskan secara terperinci. Golongan ulama’ PAS tidak perlu takut lagi kepada kumpulan profesional yang pro-Syiah berdasarkan prestasi PRU 13 yang lalu. Namun apakah Syiah dan PAS boleh berpisah? Bagi yang mendukung organisasi PAS memahami bahawa kesan revolusi Iran sangat tinggi pada PAS sehingga kebanyakan sarjana mengaitkan kepimpinan ulama’ dalam PAS adalah pengaruh dari revolusi Iran. Orang-orang PAS mesti tidak senang dengan pendedahan memoir Dato Asri Muda bahawa kempimpinan ulama’ pada muktamar 1982 diselaputi semangat revolusi Iran dengan laungan marakbar Asri! [mampus lah Asri] semasa penggulingannya. Beberapa nama dikaitkan dengan kumpulan revolusi dalam Pas yang menaja kepimpinan ulama. Namun kepimpinan ulama’ walaupun menerima semangat revolusi Iran tetapi mengambil pendekatan Ikhwan Muslimin dengan meletakkan Mursyidul Am dipuncak penginstitusian ulama’ dalam PAS. Tetapi pengaruh Syiah mula menular walaupun gagal secara institusinya. Kem kumpulan revolusi seperti Mat Sabu, Malek Husein, Ali Maidin dan Mohd Ismath Habib berapa lama bertapak dalam organisasi PAS, Kohilal dan PAS Cawangan Kuala Lumpur. Perinciannya boleh lihat dalam tulisan Mohd Fadli Ghani mengenai perjuangan PAS dan PAS Wilayah Persekutuan. Apakah golongan ini yang disebut sebagai PASab (PAS Ahli Bayt)? Di dalam organisasi Ulama’ Ustaz Hasan Salleh (sudah meninggal) bekas pensyarah UKM pernah menjawat Ketua Dewan Ulama di dalam Organisasi PAS menjaja nama Syiah di merata tempat dalam ceramahnya sebelum ditendang keluar dari PAS. Apakah saki baki ini tidak berbenih dalam PAS atau sekurang-kurangnya dalam lingkungan generasi kedua dalam gerakan Islam di Malaysia? Bagaimana pula dengan perkembangan subur Syiah dalam PAS melaka yang dikaitkan dengan kumpulan revolusi Mat Sabu? Bagaimana pula kumpulan revolusi Mat Sabu boleh mendapat pengaruh besar dalam pimpinan PAS Johor? Sehingga kumpulan ini terpaksa membuat penafian sebelum PRU 13 untuki membersihkan nama beberapa individu dari cap Syiah! Mengapa kelompok-kelompok Syiah di Pendang berkempen sakan di kalangan pengundi UMNO dan PAS supaya memenangkan calon mereka ? Pak Bakaq sendiri mengakui calon Pas di Pendang kalah kerana isu Syiah . Hanya sampaikan apa tersurat dan tersirat.
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 16:35:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015