Kenyataan media mengenai TPPA - Kenyataan Media Pertubuhan Amal - TopicsExpress



          

Kenyataan media mengenai TPPA - Kenyataan Media Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Tarikh: 29hb Julai 2013 PERUNDING TPPA PINGGIRKAN SUARA RAKYAT MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Umum mengetahui bahawa perbincangan PERJANJIAN TRANS-PACIFIC (Trans-pacific Partnership Agreement-- TPPA) yang telah dan bakal berlangsung sekitar Oktober nanti menjadi suatu rahsia yang menimbulkan pelbagai persepsi yang mencurigakan. Ianya didedahkan melalui pelbagai media samada media cetak mahupun media maya. Terbaru, pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar melalui siaran RTM1, yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam isu TPPA ini. Beliau menyuarakan betapa ianya rahsia sehingga perjumpaan yang dibuat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menjadi perbualan kosong sedangkan MITI mewarwarkan bahawa mereka telah bersepakat. Wakil MTEM juga dengan jelas menyatakan ketidakyakinan mereka kepada wakil Malaysia ke perundingan tersebut. Pendedahan secara telus tidak dinyatakan oleh pihak kerajaan. 2. Telahan dan jangkaan kami, terutama berkenaan bidang perubatan, kos ubat yang bakal dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar berpusat di Amerika akan meningkat berganda-ganda. Melalui TPPA ini tempoh hak cipta paten sesuatu ubat mungkin mencecah 50 ke 120 tahun. Justeru membolehkan kos ubat dimanipulasi dan kos penjualannya mencanak naik. Kesannya adalah rakyat terpaksa membayar kos yang meningkat tersebut. Peningkatan kos ini akan menganiaya pesakit secara khusus dan rakyat negara ini secara umumnya. Pengubatan terpilih akan berlaku kerana sesetengah pesakit tidak dapat menanggung pertambahan kos tersebut. 3. Sebagai sebuah NGO berteraskan kesihatan, kami kesal dan sedih jika sekiranya terdapat dikalangan rakyat yang tidak mendapat rawatan yang terbaik akibat daripada ketidakmampuan menyara kos perubatan. Perkara sebegini akan semakin parah jika pelan transformasi kerajaan yang akan dilaksanakan bagi mewajibkan insuran kesihatan menjadi kenyataan. 4. Perjanjian TPPA ini juga tidak selari dengan saranan International Labour Office Geneva melalui tulisan Health Insurance in Developing Countries pada 1991 supaya kerajaan bertekad mengawal harga kos perubatan jika ingin memperkenalkan insuran kesihatan. Kerahsiaan yang dicurigai ini bakal merugikan rakyat dan negara. 5. Marilah kita pelajari dari sejarah kesultanan Melayu yang dijajah hasil dari adanya orang Melayu yang berpakat secara senyap dengan British dalam mencampuri urusan istana. Apakah kita masih belum sedar? Sedarlah juga, kerahsiaan yang dicurigai ini merupakan agenda Amerika dalam era Neocolonialisasi. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah agenda besar memberi sokongan kepada Israel dan Zionis. Janganlah kerana keuntungan beberapa golongan elitis negara, kita gadaikan seluruh rakyat Malaysia. 6. Oleh yang demikian, PAPISMA mendesak supaya kandungan perjanjian didedahkan kepada umum. Jika MITI dan kerajaan masih berkeras dan berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan menghentikan perbincangan tersebut. Dr Awisul Islah bin Ghazali PRESIDEN PAPISMA
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 09:19:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015