Kepada: Tuan, Semua Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat Ruj. - TopicsExpress



          

Kepada: Tuan, Semua Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat Ruj. Kami : PPDKL.Q 100-2/4 (71) Tarikh : 24 Jun 2013/15 Syaaban 1434H Sekolah-sekolah Daerah Kuala Langat LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENJAMIN KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID-MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERADA DALAM KAWASAN BERJEREBU YANG DIANGGAP KRITIKAL. Dengan segala hormatnya merujuk surat dar Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia rujukan surat KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5(15) bertarikh 18 Jun 2013 dan JPNS.PPN 100-1/1/1 Jld.4(34) bertarikh 21 Jun 2013 adalh berkaitan. 2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran berkaitan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. 3. Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan bagi Sekolah-sekolah daerah Kuala Langat dicutikan sehingga dimaklumkan kemudian. Sila layari doe.gov.my/apims untuk mengetahui status kualiti udara. 4. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Encik Mohd Noor Leza bin Mansor, Penolong PPD Perhubungan Pendaftaran/ Siasatan Aduan melalui talian 03-3181 8792 atau 016-977 0654. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MUAFAKAT, TANGKAS, CEMERLANG” Saya yang menurut perintah, ( HAJAH FOZIAH BINTI HAJI MOHD AZAHARI ) Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat s.k: 1. Timbalan PPD Kuala Langat 2. Ketua-ketua Penolong PPD
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 11:38:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015