Kepada pengguna jalan raya laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - - TopicsExpress



          

Kepada pengguna jalan raya laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (exit Bangi - Kajang), SILK, SKVE, LDP (pagi) dan laluan LDP, Federal, Sungai Besi, Bangi (petang), jika terserempak dengan ER6n hitam plat Johor, rider pakai fullface putih - hitam, jaket mesh silver, beg lusuh merah-hitam, bawa laju kepala atas tank, sila ambil maklum itu adalah saya. Kenapa saya bawa macam tu? Nampak macam mat rempit je kepala atas tank laju2. Alkisahnya saya ni bukan orang senang, beli moto pon untuk ulang alik kerja, poket nipis, so saya hanya mampu pakai fullface murah, kalau bawak laju, kepala goyang dan bunyi desir angin sangat la kuat, untuk itu saya terpaksa berlindung dibalik winshield ciput. Q : Kalau da tau itu limitnya kenapa nak bawak laju2? A : Saya bawak laju sebab saya mau luangkan masa bersama keluarga. Kalau sebelum ni saya naik kapcai, saya ambil masa lebih sejam sehala perjalanan ke ofis, so decide amik ride bagus sikit untuk kurangkan masa atas jalan. Ride dalam masa yang lama membuatkan saya fatigue kerana keadaan kapcai yang gegar bila atas hiway, so masa untuk anak isteri amat terhad dan saya terpaksa tidur awal. Sekarang saya mahu bersama anak isteri dan spend quality time with them. Diharap kalian memahami. Q : X terfikir ke bawak laju2 kesannya lebih teruk kalau eksiden, langsung x dapat masa berkualiti untuk anak isteri? A : Bagi saya, saya ride ikut kemampuan saya, kalau bagi orang lain, kelajuan saya itu merbahaya, bagi saya sebahaya itu adalah masih dalam kawalan, saya tahu limit saya. Kalau naik kapcai perlahan pun orang langgar terburai jugak, so saya pilih biar laju tapi selamat, daripada perlahan tapi selamat. Bila berada dijalanraya, kita hidup dengan uncertainty, so decision is yours. P/S : Rasulullah S.A.W x pernah lepak2 dimasjid setiap kali selepas solat, beliau akan terus pulang. Kerana baginda pentingkan kebersamaan dengan keluarga baginda. ~ Ustadh Yahya Ibrahim (sahur pagi tadi) ~
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 00:51:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015