Kepada yang tidak mendapat tempat ke mana-mana Universiti, - TopicsExpress



          

Kepada yang tidak mendapat tempat ke mana-mana Universiti, Apa-apapun teruskan ikhtihar dan jangan berputus asa! Tip Survival untuk mendapatkan tempat; 1) Pastikan anda memohon kursus yang jarang dengar dengan dan kurang kopentitif. Jika anda sudahpun memohon kursus kurang kopentitif namun masih tidak dapat makan mohon lagi kursus yang sama dalam rayuan. Kemungkinan ada pelajar yang menolak tawaran untuk ke universiti luar negara, universiti lain atau ke ipts. 2) Anda digalakkan memohon universiti baru dan jauh dari bandar, termasuk program-program pengajian baharu ditawarkan. Biasanya universiti yang jauh seperti uitm, unimap, ump, unisza, umk, unimas dan ums. 3) Di uitm, sekiranya anda memang layak untuk kursus tersebut mengikut syarat minimun ditetapkan universiti. Sila mohon secara terus di kampus-kampus uitm pilihan anda. Autonomi sudah diberikan setiap kampus uitm untuk pengambilan pelajar mengikut budi bicara universiti dan dekan fakulti. 4) Jika anda bertekad untuk mendapatkan kursus pilihan anda, anda digalakkan menghantar surat permohonan bertulis dengan alasan kukuh kepada universiti secara terus pada dekan. Nyatakan anda bersedia untuk ditemuduga sama ada secara terus atau melalui telefon. Budi bicara dan kuasa dekan adalah memastikan kuota petempatan pelajar wujud bagi menerima anda sebagai pelajar. Semoga berjaya dan jangan putus asa ikhtihar.. Rezeki ada dimana-mana sahaja. Pelajar gagal ke universiti akan dibantu - PM utusan.my
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 13:25:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015