Kerajaan diminta lebih tegas tangani gerakan Syiah di - TopicsExpress



          

Kerajaan diminta lebih tegas tangani gerakan Syiah di Malaysia 2013/05/03 ALOR SETAR: Kerajaan harus bertindak lebih tegas untuk membanteras gerakan Syiah yang semakin menular di kalangan masyarakat Malaysia,kata Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Profesor Madya Aziz Hanafi. Beliau berkata, Majlis Fatwa di seluruh Malaysia telah bersepakat bahawa Syiah adalah satu fahaman yang tidak boleh diikuti. "Syiah, jika dibiarkan berleluasa, akan mencetuskan pertumpahan darah antara sesama rakyat Islam. Mereka ini sebenarnya kumpulan militan, mereka mengancam untuk membunuh. "Nabi Muhammad SAW sendiri melarang kita untuk melantik orang yang jahat dan rosak akidahnya menjadi pemimpin. Golongan ini (Syiah) menidakkan Al-Quran dan menyalahkan sahabat Nabi kecuali Saidina Ali," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis itu berkata, ulama di luar negara juga berpendapat umat Islam haram memakan sembelihan oleh puak Syiah ini. "Jangan biarkan rakyat bergaduh sesama rakyat. Kita harus biarkan kerajaan yang bertanggungjawab menangani masalah ini kerana mereka mempunyai mandat yang penuh untuk bertindak. "Kita tidak mahu apa yang berlaku di Syria dan Iraq, berlaku di Malaysia, dimana puak Syiah di sana membunuh puak Sunni secara bermaharajalela," katanya. - BERNAMA
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 02:29:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015