Kesatuan pekerja gesa EC tak pisahkan TNB Fri, 15 Nov 2013 - TopicsExpress



          

Kesatuan pekerja gesa EC tak pisahkan TNB Fri, 15 Nov 2013 06:50:38 +0800 Kuala Lumpur: Empat kesatuan dan persatuan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam menggesa Suruhanjaya Tenaga (EC) supaya tidak meneruskan cadangan memisahkan syarikat utiliti nasional itu menjadi lima entiti berlainan. Kumpulan pekerja terbabit, dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka terkejut dan kesal dengan kenyataan terkini EC berhubung cadangan memisahkan TNB. “Kenyataan oleh EC itu menimbulkan keresahan di kalangan pekerja TNB. Semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB perlu menghormati nasib lebih 30,500 pekerja bawahan. Oleh itu, jangan sewenang-wenangnya buat kenyataan seperti itu. Keputusan tanpa bincang “Kami ingin menegaskan, semua pihak yang berhasrat untuk berbuat demikian, berhenti memainkan isu ini. Kami bersedia mempertahankan TNB daripada dipisahkan dengan apa cara sekali pun,” kata kenyataan itu. Gesaan itu dibuat oleh Persatuan Eksekutif TNB; Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB; Kesatuan Pegawai Muda Tenaga Nasional dan Persatuan Unit Keselamatan TNB yang antara lain turut mendakwa keputusan itu dilaksana tanpa perbincangan awal. EC dilaporkan akan mengemukakan cadangan berkenaan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu, 8 November lalu. Malah, menurut laporan itu, pelaksanaan cadangan berkenaan akan memudahkan pemantauan terhadap setiap akaun unit perniagaan TNB. Sehubungan itu, kumpulan kesatuan terbabit mengemukakan surat untuk melakukan kunjungan ke Suruhanjaya Tenaga dalam tempoh terdekat bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan. #BH
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 23:32:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015