Ketika ini, bermula perjalanan meninggalkan bumi Mekah menuju ke - TopicsExpress



          

Ketika ini, bermula perjalanan meninggalkan bumi Mekah menuju ke Madinatul Hujjaj Jeddah... Bererti saat meninggalkan Kaabah dan Masjidil Haram.. Ya Allah, mula tergambar dlm benak akal ttg keindahan kaabah yg tersergam gagah, tidak mampu dileburkan oleh tentera bergajah Abrahah dan tidak akan dihancurkan oleh sesiapa... Terbayang indah bagaimana saf-saf solat mengadap kiblat yg satu.. Ya Allah berdiri di kiri kanan dlm solat pelbagai manusia.. Ya Allah terbayang nikmatnya bertawaf samada siang atau malam.. Ya Allah terngiang di telinga alunan azan berkumandang dari kalangan muazzin yg ramai, apa lagi saat inilah terngiang bacaan indah para Imam solat seperti as Sudais, al muaiqiliy, Syeikh Baleela dan lain-lain, disertai dgn tangisan dan sedu sedan para Imam dalam bacaan solat mereka.. Allahuakbar, terbayang indahnya hari Jumaat dgn suasana berjamaah dan khutbah yang bertenaga... Semuanya dlm bayangan.. Teramat indah betapa dirasakan iman bertambah dan taqwa terjana sesaat bila beribadat di masjidil Haram.. Terasa dosa diampun, berkat menyelinap ke dlm diri .. Ya Allah itu adalah keindahan yg di nikmati.. Ttp sesaat berpisah jasad dan penglihatan dgn kaabah dan masjidil haram ini... Terasa..... Ya Allah Engkau Maha Mengetahui isi hati hambaMu.. Kepada Mu kami berserah, redailah kami dan rahmatilah kami... Kami tetap rindukan kaabah dan Masjidil Haram yg Engkau muliakan... Moga kami selamat dlm prjalanan hidup.. ( catatan dlm perjalanan ke Jeddah jam 3:10 am @ 4 Nov 2013 )
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 00:11:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015