Ketika itu aku masih bujang. Aku teringat rakan sekerja ku yang - TopicsExpress



          

Ketika itu aku masih bujang. Aku teringat rakan sekerja ku yang bernama Noorshila bermalam dirumah seorang lagi rakan yang telah berumah tangga bernama Halimatus Saadiah. Dan suaminya bernama syaid seorang jurutera syarikat penerbangan MAS. Rumah sewa mereka di Jalan Camar 8, Taman Perling Johor Bahru betul-betul berhadapan dengan rumah sewa ku. Walaupun ketika itu aku tahu Noorshila telah bertunang tapi jauh dalam hati ku bagai ada sesuatu perasaan yang aku sendiri tidak mengetahui maksudnya. Lantas pada malam itu aku mainkan lagi ini sekuat-kuatnya. Walaupun sebelum ini tidak pernah aku berbuat sedemekian. Mungkin curahan perasaan halus ku terhadapnya tidak dapat dibendung ketika itu. Kini 27 tahun telah berlalu. Rakan ku Noorshila kini telah menjadi isteri ku dan dikurniakan empat cahaya mata. Kini aku bahagia bersama keluarga ku. Tetapi Syaid dan Atus tidak pernah ku temui lagi selepas aku dan isteri ku berpindah ke Kuala Lumpur. Mungkin kalian masih ingat lagi dimana paginya selepas Noorshila menginap di rumah kalian, kalian berdua, aku dan Noorshila bersama-sama ke Tanjung Bidara Melaka. Untuk kalian aku tujukan lagu ini khas buat mu berdua
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 18:46:06 +0000

Trending Topics



ass="stbody" style="min-height:30px;">
The FEAR Factor - Part 1 [Timely message for someone] As pride
Ok, I may be... 100% gay but, ok, more like 98% because theres

Recently Viewed Topics




© 2015