Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan akan mengambil tindakan - TopicsExpress



          

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah. Menurutnya, pihaknya akan melantik peguam dalam masa terdekat kerana tiada saluran untuk membuat kenyataan, selain dibimbangi dikatakan cuba berdakwah secara terbuka.“Kami kesal apabila Mufti Kedah membuat kenyataan pada 13 September lalu, yang disifatkan memfitnah, menghasut dan berunsur spekulasi terhadap pengikut Syiah,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, semalam.Abdullah berkata, berdasarkan kenyataan Mufti Kedah itu, menunjukkan seolah-olah golongan minoriti Syiah berpotensi merosakkan keamanan di negeri ini, di mana pengikut dan penyebar fahaman itu akan dikenakan hukuman berat.Katanya, pertambahan ahli di negeri ini atas kerelaan individu yang menawar diri untuk memahami fahaman itu, bukannya daripada penyebaran dakwah.“Walaupun di Kedah sudah ada Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang akan digunakan untuk sekat penyebaran Syiah, kami tidak akan berhenti mengamalkan fahaman ini,”. MACAM MANA AGAKNYA PIHAK POLIS NAK BUAT SIASATAN DAN AMBIL TINDAKAN ???
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 17:59:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015