Kompleks hiburan keluarga dijangka beroperasi 2014.(ANGRY - TopicsExpress



          

Kompleks hiburan keluarga dijangka beroperasi 2014.(ANGRY BIRDS) Iskandar Malaysia terus menarik minat pemaju taman tema global apabila Taman Aktiviti Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara akan dibuka di wilayah pembangunan ekonomi itu. Taman tema keluarga berkonsepkan dalam bangunan itu akan dibuka di Kompleks Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC) yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Ia akan dimajukan Damansara Assets Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd yang berpangkalan di Finland. Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim, berkata taman aktiviti seluas 2,415 meter persegi yang dijangka beroperasi tahun depan itu, bakal menyediakan hiburan dalam bentuk baru kepada peminat watak Angry Birds. ♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥
Posted on: Sun, 09 Jun 2013 06:17:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015