Kuala Lumpur: “Ada pemain Selangor yang ditawarkan RM1 - TopicsExpress



          

Kuala Lumpur: “Ada pemain Selangor yang ditawarkan RM1 juta”. Itulah realiti yang perlu dihadapi gergasi Merah Kuning dalam usaha mereka untuk mengekalkan pemain berstatus bintang ketika saingan merebut pemain kian rancak terutamanya selepas mereka tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Malaysia baru-baru ini. Difahamkan tawaran berkenaan diberikan kepada salah seorang pemain Selangor yang sememangnya menonjol bersama pasukan itu musim ini sehingga membolehkan mereka bergelar naib juara Liga Super dan memastikan tiket Merah Kuning ke saingan Piala AFC tahun depan. “Sememangnya Selangor mahu mengekalkan pemain berkenaan namun tawaran berkenaan amat sukar untuk ditandingi. Bagaimanapun kami akan cuba untuk mengekalkannya,” menurut sumber yang enggan dinamakan. Foto MAHALI (dua dari kiri), Amri (dua dari kanan) antara pemain utama Selangor. Kem Selangor sememangnya bergolak dalam kancah Piala Malaysia musim ini dengan pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap prestasi tidak menentu dipamerkan pemain sehingga gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan peringkat kumpulan sehingga berada di kedudukan tercorot. Kemuncaknya, pengendali Selangor Irfan Bakti Abu Salim mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut dan penolongnya P Maniam ditugaskan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mengambil alih. Hakikatnya atas kertas, Selangor sememangnya digeruni musim ini apabila dibarisi enam pemain kebangsaan - Mohd Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan S Kunanlan, selain diperkuatkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Francis Forkey Doe serta beberapa pemain berpengalaman yang pernah bersama skuad negara namun gagal menyerlah seperti diharapkan. “Yang pasti, sebahagian besar pemain kebangsaan ini sudah mendapat tawaran lumayan daripada sebuah kelab dan Selangor perlu mengimbanginya seandainya mahu mengekalkan pemain ini. Namun yang pasti empat atau lima pemain yang kebiasaannya memanaskan bangku simpanan akan digugurkan termasuk Doe dan tonggak pertahanan import dari Australia, Adam Griffiths,” katanya. Selangor yang kini mengumpul tiga mata akan melengkapkan saingan menentang Johor malam ini dengan maruah selaku gergasi Merah Kuning menjadi taruhan untuk sekurang-kurangnya meraih tiga mata pada perlawanan terakhir musim ini.
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 18:28:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015